Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina: Bukit Aman

Wang tebusan telah dibayar melalui aplikasi dompet kripto USDT namun pihak berkuasa Filipina menerima laporan penemuan mayat mangsa di San Simon, Pampanga

7:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Oktober lepas, yang meminta wang tebusan sebanyak RM330,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wang itu telah dibayar melalui aplikasi dompet kripto USDT namun pada 23 Oktober, pihak berkuasa Filipina menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa di San Simon, Pampanga.

“Dalam laporan itu menyatakan deskripsi fizikal dan tatu yang terdapat pada mayat berkenaan adalah sama dengan deskripsi fizikal serta tatu mangsa penculikan,” katanya pada sidang media khas JSJK hari ini.

Susulan itu, JSJK telah menerima permohonan pada 9 November lepas daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk membantu analisis terhadap aliran transaksi ke dalam dompet kripto milik seorang suspek dalam kes ini.

Beliau berkata analisis yang dijalankan telah berjaya mengesan aliran transaksi mata wang kripto itu yang dipindahkan ke satu daripada exchange yang tidak didaftarkan di Malaysia. 

“Hasil maklumat yang diterima daripada exchange itu mendedahkan identiti enam suspek warga asing yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes penculikan dan pembunuhan berkenaan. Kesemua maklumat itu diserahkan kepada Pejabat Atase Polai Malawakil Manila untuk siasatan selanjutnya,” kata beliau.

Ramli juga berkata sebanyak 10 laporan polis diterima berkaitan pelaburan forex membabitkan nilai kerugian RM4.7 juta sejak 1 November lepas dan siasatan awal mendapati laman sesawang yang mengendalikan pelaburan tersebut dipercayai beroperasi di luar negara. 

“Mangsa dalam kes ini dijanjikan pulangan modal dan keuntungan bulanan sebanyak lima peratus dari nilai pelaburan. 

“Mangsa mendakwa yakin dengan pelan pelaburan tersebut setelah berkomunikasi dengan suspek melalui aplikasi Zoom,’’ katanya.

Beliau berkata pembayaran wang pelaburan dengan nilai RM437,253 hingga RM864,30 dibuat menerusi aplikasi Huobi dan berdasarkan analisis mata wang kripto, JSJK mengesan satu sindiket antarabangsa yang melakukan transaksi mencurigakan dengan nilai lebih RM1 bilion serta sedang mengambil tindakan susulan. – 11 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related