PETALING JAYA – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat kemungkinan mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, diletakkan di tebing sungai berhampiran rumahnya pada petang Rabu.
Hussein memberitahu media bahawa kemungkinan itu timbul apabila mayat kanak-kanak autisme itu ditemui pada malam Rabu.
“Kami telah menjalankan pencarian Zayn pada pagi hari yang sama. Tetapi tak jumpa.
“Jadi kami kemudian mencari lagi, pada waktu malam dan menemui mayatnya.
“Kemungkinan (mayat mangsa) diletakkan pada waktu petang ketika hujan lebat pada hari itu,” katanya.
Polis masih meneruskan siasatan mereka mengenai kes kematian Zayn.
Kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada Selasa, dan ditemui mati pada malam Rabu lalu. – 11 Disember, 2023