Hentikan kelemahan lampau dalam angkat keupayaan ekonomi negara: PM

Anwar turut jawab isu bercakap soal madani berselang-seli ayat al-Quran, hadis

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak khususnya tenaga kerja kerajaan menghentikan kelemahan lampau dalam mengangkat dan memacu keupayaan ekonomi negara untuk tahun-tahun mendatang.

Beliau menegaskan, biarpun ada kekuatan (dilakukan) dahulu, tetapi ada juga (kelemahan) yang perlu ditinggalkan.

“Hentikan kelemahan lampau. Kita bina daripada kekuatan dulu dan kita tinggalkan apa (kelemahan) yang berlaku. Jadi mudah-mudahan kita tutup labuh tirai 2023 ini dengan semangat yang sama (untuk 2024 dan tahun mendatang).

“Dan, kita buka lembaran baharu sejarah negara kerana saya yakin sangat, (ini) bukan soal pelaburan sahaja, (soal) keyakinan negara luar sahaja, tetapi kapasiti kita untuk mengangkat keupayaan ekonomi negara, sosial dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Disember 2023 di Putrajaya hari ini.

Perhimpunan tersebut merupakan perhimpunan terakhir bersama warga kerja JPM untuk tahun ini sebelum memasuki tahun baharu 2024.

Anwar berkata, kerajaan sudah memberikan garis-garis urutan keutamaan dan idealisme baharu untuk mencari jalan dan ikhtiar dalam memberi maruah kepada bangsa dan negara.

“Sementara kita (nak) menggapai langit, seolah-olah cuba mencapai yang ideal, dengan bidang-bidang baharu, soal tenaga baharu, teknologi, teknologi AI (kecerdasan buatan), untuk menggapai langit, tapi kita harus sentiasa ‘mengakar’ ke bumi, jadi asas agama, akhlak, budaya dan nilai itu ‘mengakar’ ke bumi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau membawa satu persoalan ramai mengenai dirinya yang selalu bercakap soal madani yang berselang-seli dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Menurutnya, ia dikatakan tidak merangkumi bangsa Malaysia khususnya bukan Islam.

“Bagi saya ia tak bermaksud untuk eksklusif (hanya kepada orang Islam) kerana ia (ayat-ayat al-Quran dan hadis) adalah mesej umum, mesej kepada rakyat.

“Dalam soal pemikiran tentang kemanusiaan, itu harus diterapkan melihat kepada keperluan semasa, contohnya kesederhanaan, ia tidak melampau atau ekstrem,” katanya. – 11 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related