HTAR siasat dakwaan cuai tertinggal dawai dalam salur darah ke jantung pesakit

Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapatkan rawatan

7:35 PM MYT

 

SHAH ALAM – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menyiasat dakwaan kecuaian hospital terbabit yang dikatakan meninggalkan dawai di dalam saluran darah ke jantung pesakit ketika mendapatkan rawatan di fasiliti itu.

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan. 

“Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pesakit atau ahli keluarga bagi mengawal kerahsiaan maklumat. Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapatkan rawatan di HTAR,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular catatan menerusi akaun Facebook seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa serta mendakwa pihak HTAR meninggalkan dawai sepanjang 22 sentimeter (Guidewire) di dalam saluran darah ke jantung seorang pesakit buah pinggang. – 9 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related