Polis kumpul rakaman dashcam kereta milik penduduk bagi lengkapkan siasatan kematian Zayn Rayyan

Polis juga tidak teragak-agak ambil tindakan pihak sebar maklumat palsu berkenaan kes berkenaan

6:03 PM MYT

 

PETALING JAYA – Polis dalam usaha mengumpul bahan bukti daripada perakam video (dashcam) kereta milik penduduk sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai, bagi melengkapkan siasatan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, buat masa ini polis masih menunggu penduduk untuk tampil menyerahkan rakaman berkenaan.

“Kita dah maklum (kepada penduduk) kita masih tunggu kerjasama daripada mereka.

“Saya yakin mereka akan berikan kepada kita.

“(Buat masa ini) saya tak boleh maklumkan lagi (jumlah rakaman dashcam penduduk yang sudah diterima), kalau dapat kita akan sahkan (nanti),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang awam yang didapati menyebarkan sebarang maklumat palsu berkenaan kes tersebut.

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis sedang mengumpul bahan bukti daripada perakam video (dashcam) kereta milik penduduk sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi melengkapkan siasatan – Gambar Scoop/Riduan Ahmad, 9 Disember, 2023

“Kita akan buat laporan polis sekiranya benda ini adalah satu yang palsu, mengganggu keselamatan awam dan mencemarkan nama keluarga si mati, kita akan ambil tindakan tegas. Kita memandang serius perkara ini.

“Beri ruang kepada pihak polis untuk lakukan siasatan sehingga tertangkapnya suspek,” katanya.

Fakhrudin turut memuji dan berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan penduduk sekitar serta ahli keluarga mangsa sepanjang siasatan dijalankan.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang sejak tengah hari, Selasa lalu, di Damansara Damai dan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada pukul 12 tengah hari.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan malam Rabu dan disahkan telah dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media malam kelmarin berkata, Zayn Rayyan dipercayai telah dibunuh di tempat lain, bukan di tempat di mana mayatnya ditemui di sungai di Damansara Damai. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related