Kes Zayn Rayyan: Polis bawa anjing K9, cari bukti baharu

"Kita tak boleh dedahkan lagi penemuan pada jenazah dan tak boleh reveal (dedahkan) pada public (orang ramai) untuk jaga kerahsiaan dan kepentingan siasatan kes."

4:48 PM MYT

 

PETALING JAYA – Polis akan menjalankan siasatan lebih mendalam, termasuk mengesan senjata pembunuhan digunakan dalam kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, buat masa ini pihak polis tidak boleh mendedahkan hasil siasatan secara terperinci

“Kita tak boleh dedahkan lagi penemuan pada jenazah dan tak boleh reveal (dedahkan) pada public (orang ramai) untuk jaga kerahsiaan dan kepentingan siasatan kes.

“(Kesan) kecederaan di leher juga tak dapat dipastikan lagi…kita berdasarkan Jabatan Patologi untuk buat post mortem (bedah siasat),” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika sidang media di kawasan Apartmen Idaman di sini, hari ini yang turut menjadi lokasi penemuan mangsa.

Sementara itu, beliau berkata, pihak polis dengan kekuatan anggota 42 orang masih meneruskan siasatan, termasuk menggunakan khidmat empat anjing pengesan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Empat anjing (digunakan) untuk mengesan petunjuk baru kes ini.

“Kita tidak berputus asa untuk kesan suspek yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, Zayn Rayyan yang dilapor hilang oleh keluarganya pada 5 Disember lalu, ditemui tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Kanak-kanak istimewa itu disedari hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Penemuan mangsa dilakukan menerusi operasi Op Tutup dari rumah ke rumah digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, dengan membabitkan 40 anggota polis bersama 60 penduduk setempat yang bekerjasama mencari di 2,484 unit kediaman di 18 blok di situ.

Usaha pencarian turut dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran sekitar 300 meter radius.

Polis kemudian mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 9 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zii Jia’s payment sponsorship-based, not for national representation, says BAM admin head

This as badminton body’s sponsors differ from star shuttler’s, says Michelle Chai

Bar Council’s challenge of Pardons Board decision to reduce Najib’s sentence is ‘unprecedented’: Hamid Sultan

Retired judge says he has never heard of an attempt to impair a prisoner's constitutional rights, or an injunction to restrict their rights

Related