Tindakan AS guna kuasa veto halang gencatan senjata ‘bawa malapetaka’: Duta Palestin

Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi yang ditaja bersama hampir 100 negara anggota PBB.

2:02 PM MYT

 

WASHINGTON – Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad al-Mansour menyelar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kerana kegagalannya meluluskan draf resolusi untuk gencatan senjata kemanusiaan di Gaza pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi yang ditaja bersama hampir 100 negara anggota PBB.

Ia menerima sokongan 13 ahli Majlis Keselamatan PBB. United Kingdom (UK) bagaimanapun memilih untuk berkecuali.

Mansour menyifatkan kegagalan itu “amat dikesali” dan “malapetaka.”

“Daripada membenarkan majlis itu untuk melaksanakan mandatnya secara nyata selepas dua bulan, kekejaman ini mesti dihentikan, penjenayah perang diberi lebih banyak masa untuk melaksanakan jenayah mereka.

“Bagaimana ini boleh dibenarkan? Bagaimana seorang wakil boleh membenarkan pembunuhan keseluruhan penduduk? katanya.

Mansour yang mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata berkata; “Setiap hari akan lebih banyak nyawa yang terkorban, jumlah penduduk yang terbunuh belum pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah moden.”

Resolusi draf itu menggesa semua pihak terlibat dalam konflik untuk mematuhi undang-undang antarabangsa, terutamanya perlindungan orang awam, menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan menyeru Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk melaporkan kepada Majlis Keselamatan mengenai pelaksanaan gencatan senjata.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mencadangkan draf itu berkata ia berusaha untuk menyelesaikan resolusi berkenaan dengan cepat disebabkan peningkatan jumlah kematian dalam konflik 63 hari itu.

Menurut angka rasmi dari pihak berkuasa Gaza lebih 17,000 penduduk telah terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober.

Wanita dan kanak-kanak membentuk kira-kira 70 peratus daripada jumlah mangsa yang terbunuh, dengan lebih 46,000 yang lain cedera. Kira-kira 1.8 juta rakyat Palestin pula hilang tempat tinggal. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related