Kematian Zayn Rayyan: Tiada tanda-tanda kecederaan akibat didera

Pihak polis kini sedang menunggu keputusan cap jari dan DNA daripada Jabatan Kimia bagi mengenal pasti suspek yang terlibat

8:48 PM MYT

 

PETALING JAYA – Polis mengesahkan tiada sebarang tanda-tanda kecederaan akibat didera ditemukan pada mayat kanak-kanak austisme yang mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa tidak didera seperti spekulasi yang diperkatakan orang ramai.

“Kami dapati tiada sebarang penderaan fizikal ke atas budak ini (mangsa), tiada tanda-tanda menunjukkan mangsa didera.

“Pihak keluarga yang normal, menjaga anak autisme ini dengan begitu baik.

“Saya minta orang ramai supaya ambil kira perasaan keluarga, jangan menguar-uarkan perkara tidak betul,” katanya kepada media, malam ini.

Beliau turut memberitahu, radius kawasan siasatan diperluaskan sepanjang aliran sungai di mana mayat Zayn Rayyan ditemukan.

“Seramai 50 anggota polis terlibat dalam pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan,” katanya. 

Hussein turut berkata pihak polis kini sedang menunggu keputusan cap jari dan DNA daripada Jabatan Kimia bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Proses itu turut melibatkan pengesanan cap jari bagi mengesan pesalah seks.

“Kita dah menghantar beberapa barang kes diperolehi sewaktu bedah siasat oleh Jabatan Kimia Malaysia bagi memperolehi beberapa maklumat forensik.

“Keputusan forensik itu boleh membantu pihak polis untuk mendapatkan maklumat yang menjurus ke arah mereka yang terbabit (suspek).

“Kita berharap keputusan akan kita perolehi dalam dua tiga hari ini,” katanya.

Dalam masa sama, Hussein berkata polis akan menyambung pemeriksaan rumah ke rumah bagi bagi melengkapkan siasatan kes ini.

“Pihak polis beri jaminan akan beri yang terbaik dan kami masih mengumpul keterangan fizikal di sekitar tempat kejadian.

“Kami masih jalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan setakat ini sudah selesai tiga blok sejak siasatan dimulakan malam semalam hingga pagi ini.

“Kami akan sambung lagi untuk malam ini yang mana secara keseluruhan melibatkan 18 blok dengan lebih 2,400 unit kediaman di sini,” katanya.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang sejak tengah hari, Selasa lalu, di Damansara Damai dan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada pukul 12 tengah hari.

Mayat Zayn Rayyan ditemui malam Rabu dan disahkan telah dibunuh. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media malam semalam berkata Zayn Rayyan dipercayai telah dibunuh di tempat lain, bukan di tempat di mana mayatnya ditemui di sungai di Damansara Damai. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

No call with Trump? PM Anwar has better things to do: Nazri

Former envoy slams US obsession, says Malaysia shouldn’t grovel and should prioritise China, Russia, India, and Türkiye

Santan naik harga: peniaga mungkin terpaksa jual kuih RM1 sebiji

Kenaikan itu sukar dielak kerana selain kelapa dan santan yang mendadak, peniaga juga terpaksa menghadapi kenaikan bahan-bahan mentah yang lain

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related