Tiga agensi siasat dakwaan laman sesawang Perkeso digodam: Fahmi

Justeru, Fahmi meminta orang ramai untuk memberikan masa kepada tiga agensi berkenaan untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu

5:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – CyberSecurity Malaysia (CSM), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan laman pangkalan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) digodam, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Justeru, beliau meminta orang ramai untuk memberikan masa kepada tiga agensi berkenaan untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

“Kadang-kala maklumat dipaparkan dalam Dark Web adalah maklumat lama yang telah di’bungkus’ semula dan dipersembah semula seolah-olah maklumat baharu.

…tetapi saya akan dapatkan maklumat dan Insya-Allah pejabat saya akan keluarkan kenyataan kemudian,” katanya kepada media pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan badan korporat dan agensi kerajaan yang menjaga dan memproses data terutamanya dalam skala besar untuk berwaspada, selain memastikan organisasi berkenaan  mempunyai ketua pegawai keselamatan maklumat (CISO) untuk meningkatkan tahap keselamatan siber.

Mengulas mengenai isu penamatan kontrak penyanyi Kaka Azraff oleh syarikat Warner Music Malaysia, Fahmi berkata beliau mengambil maklum mengenai isu tersebut dan melihat perkara itu lebih kepada soal kontrak antara Kaka dan syarikat berkenaan.

“Saya sebagai menteri bersimpati tetapi pejabat saya belum dihubungi oleh artis Kaka Azraff namun kita akan lihat apa kita boleh bantu.

Penting untuk saya tegaskan di sini, ia adalah isu kontrak antara dua pihak dan sekiranya ada apa-apa tindakan undang-undang, kita serah kepada mahkamah untuk putuskan,” katanya.

Dilaporkan Warner Music Malaysia menamatkan kontraknya dengan Kaka kerana penggunaan “bahasa tertentu” yang dilontarkan ketika penyanyi itu menghantar komen secara langsung kepada pelakon Australia pro-Israel  Nathaniel Buzolic berkenaan video konflik Palestin-Israel yang dimuat naik lelaki itu dalam media sosial. 

Mengenai Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, Fahmi berkata seramai 16,000 pengunjung hadir setakat tengah hari ini, dan menjangkakan 200,000 orang akan hadir sepanjang tiga hari penganjuran program itu.

Beliau berkata program itu memberikan peluang kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat usaha dan dasar pelbagai kementerian dan agensi untuk manfaat rakyat. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related