Perhimpunan Agung PBB terima pakai 5 resolusi memihak kepada Palestin

Penerimaan itu mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin

4:24 PM MYT

 

NEW YORK – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menerima pakai lima resolusi yang memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin.

Resolusi pertama membabitkan usaha menghantar bantuan kepada pelarian Palestin manakala resolusi kedua memberi tumpuan kepada operasi Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), menurut Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi ketiga pula berkaitan dengan harta milik pelarian Palestin dan pendapatan yang diperoleh daripadanya manakala resolusi keempat mengenai usaha menangani penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan Golan Syria yang diduduki.

Resolusi kelima pula membabitkan aktiviti Jawatankuasa Khas untuk Menyiasat Tindakan Israel yang Melanggar Hak Asasi Manusia Bangsa Palestin dan Arab Lain di wilayah diduduki.

Wakil Tetap Palestin di PBB Riyad Mansour menyatakan penghargaannya terhadap sokongan dan solidariti antarabangsa yang semakin meningkat, khususnya berkaitan isu pelarian Palestin, lapor WAFA. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related