Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Meriah

Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di sini, mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.

Seorang peniaga makanan dari Wangsa Maju Ismail Aziz, 28, berkata beliau tiba di Bukit Jalil sejak 6 pagi tadi, untuk membayar saman kenderaan.

“Peluang mendapat diskaun saman sehingga 50 peratus ini bukan selalu ada…saya akan mengambil peluang ini walaupun terpaksa keluar awal dari rumah.

“Saya tidak kisah untuk beratur panjang dan menunggu lama, kerana saya tidak mahu nama saya disenaraihitamkan kerana ada saman polis,” katanya kepada Bernama.

Pensyarah di sebuah universiti swasta di ibu negara Rosnaini Hamzah, 40, pula berkata beliau sanggup datang dari Klang ke Bukit Jalil, semata-mata bagi mendapatkan diskaun saman.

“Saya dapat maklumat daripada media sosial PDRM ada beri diskaun saman. Jadi, peluang yang ada ini boleh saya bayar banyak saman tertunggak,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis trafik berkata setakat ini tiada sebarang ketetapan berhubung kuota untuk membayar saman, namun ia bergantung kepada keadaan.

Beliau berkata hanya mereka yang membayar saman sempena program berkenaan di Bukit Jalil sahaja akan mendapat diskaun sehingga 50 peratus.

“Selain itu, mereka yang ada baucar saman juga boleh dapat diskaun 50 peratus, walaupun pembayaran dibuat secara dalam talian,” katanya.

Menurut jurucakap polis, kaunter pembayaran saman di Bukit Jalil akan dibuka sehingga 5 petang, namun ia bergantung kepada keadaan orang ramai yang hadir sekiranya perlu dilanjutkan hingga malam.

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, bermula hari ini, untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan, sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 November tahun lepas.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat, melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. – 8 December, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zii Jia’s payment sponsorship-based, not for national representation, says BAM admin head

This as badminton body’s sponsors differ from star shuttler’s, says Michelle Chai

Bar Council’s challenge of Pardons Board decision to reduce Najib’s sentence is ‘unprecedented’: Hamid Sultan

Retired judge says he has never heard of an attempt to impair a prisoner's constitutional rights, or an injunction to restrict their rights

Related