Umno terkubur PRU-16 sekiranya…: PAS

Datuk Hashim Jasin percaya majoriti akar umbi Umno, tidak sependapat dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

11:01 AM MYT

 

KANGAR – Tindakan Umno terus bekerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan akan memakan diri kerana parti itu diramal berisiko terkubur pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, ia kerana majoriti ahli atau pengundi Umno menolak kerjasama dua parti berkenaan, seperti terbukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, baru-baru ini.

Katanya, beliau percaya majoriti akar umbi Umno, tidak sependapat dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Situasi itu, ujarnya, akan menyaksikan Umno terkubur sekiranya terus menjalin kerjasama dengan DAP dalam kerajaan.

Pada masa sama, beliau berkata, kebanyakan barisan kepemimpinan Umno juga tidak berani menentang atau menzahirkan pandangan berkaitan keputusan berkenaan.

“Penolakan tersebut jelas apabila dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini, ramai pengundi Umno memberi undi kepada PAS sehingga majoriti terus melonjak.

“Undi PAS yang bertambah juga datang dari orang Umno yang protes dengan kerjasama parti itu bersama DAP. Mereka (pengundi Umno) terjemahkan kekecewaan tersebut melalui peti undi dan mustahil Umno tidak sedar lagi.

“Jika kepemimpinan Umno terus bawa cara sekarang, tidak mustahil PRU-16, Umno akan terus terkubur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Hashim berkata, Umno masih mempunyai masa merubah keadaan itu dengan menjalin kolaborasi dalam penyatuan ummah atau Perikatan Nasional (PN).

“Kita di dalam PAS, tidak pernah mengisytihar musuh dengan Umno dan bila-bila masa sahaja mereka boleh bersama dalam penyatuan ummah,” katanya.

Datuk Hashim Jasin berkata, Umno masih mempunyai masa merubah keadaan itu dengan menjalin kolaborasi dalam penyatuan ummah atau Perikatan Nasional (PN) – Alif Omar/Scoop, 8 Disember, 2023

Hashim berkata, sekiranya Umno memilih untuk bersama PN, sebarang formula gabungan itu akan diuruskan di dalam perbincangan.

Menurutnya, setiap parti dalam PN akan memiliki formula dalam mendepani pilihan raya di dalam gabungan berkenaan.

Apapun perbincangan dan formula dimiliki, katanya, keutamaan akan difokuskan bagi memastikan penyatuan ummah direalisasikan.

“Agenda penyatuan ummah adalah perkara utama yang juga menjadi tuntutan agama.

“Gabungan penyatuan ummah akan bertambah kuat dengan penyertaan Umno dan tidak mustahil 40 kerusi yang menjadi kubu kuat DAP, mampu dirampas pada pilihan raya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak kerjasama partinya dengan Umno di sebalik sejarah pahit hubungan kedua-dua pihak, susulan cadangan penyatuan untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya dibangkitkan Isham Jalil.

Menerusi kenyataannya pada Isnin lalu, Isham yang dipecat sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, Ahli Parlimen Kemaman yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, sekiranya PN berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum PRU-16.

Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak pernah mengetepikan agenda penyatuan ummah, namun sebarang kerjasama dengan Umno perlu melalui PN.

PAS dan Umno pernah memeterai Piagam Muafakat Nasional (MN) pada 14 September 2019, dengan antara kandungannya menyaksikan kedua-dua parti bersetuju membentuk kerjasama bagi mengembangkan naratif Islam dan Melayu.

Kerjasama itu menetapkan ia tidak akan menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Namun, MN dianggap berkubur apabila PAS mengesahkan menjalin kerjasama dengan Bersatu dalam PN pada 13 Oktober 2022, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Keputusan PAS itu melanggar syarat ditetapkan Umno, iaitu parti berkenaan perlu meninggalkan Bersatu jika ia mahu kekal dalam MN.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak pernah mengetepikan agenda penyatuan ummah, namun sebarang kerjasama dengan Umno perlu melalui PN – Alif Omar/Scoop, 8 Disember, 2023

Manakala, Zahid pada sidang media di Bangunan Perdana Putra menyifatkan PAS sebagai ‘gila talak’ apabila menyuarakan hasrat untuk kembali bekerjasama dengan Umno menerusi platform PN.

Justeru, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menggesa PAS berhenti bermimpi di siang hari, selain menasihati parti Islam itu berdoa supaya berhenti ‘menipu’ Umno sekali lagi.

Malah, pendirian Zahid itu disokong beberapa pemimpin Umno, termasuk Ahli MKT parti, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang menganggap isu kerjasama antara dua parti terbabit, tidak perlu dibangkit atau diadakan semula kerana ia ‘sia-sia’ dan tidak akan kekal.

Ujarnya, kolaborasi itu juga tidak akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak memandangkan asas kerjasama terbabit adalah politik.

Peluang untuk Umno dan PAS terus bekerjasama, katanya, sudah terlepas sejak MN gagal.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata, kenyataan pemimpin PAS bahawa ia tidak menolak kembali bekerjasama dengan Umno, seolah-olah menafikan segala kata-kata buruk, kecaman dan tuduhan pernah dilontarkan kepimpinannya terhadap parti itu.

Tegasnya, ia termasuk seperti mengetepikan dakwaan mereka sendiri bahawa memberikan sokongan atau bekerjasama dengan Umno akan ‘masuk neraka’. – 8 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Aaron, Wooi Yik mean business: extra night training ahead of Paris Olympics

Women’s doubles pair Pearly Tan and M. Thinaah, mixed doubles duo Chen Tang Jie and Toh Ee Wei, will also participate

Related