Lakukan pembersihan total dalam Umno, perangi pengkhianatan ahli – Veteran Umno

“Saya masih berpandangan bahawa kekalahan kita dalam pilihan raya semuanya berpunca daripada pengkhianatan ahli Umno sendiri terhadap calon."

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembersihan secara total perlu dilakukan dalam Umno bagi memerangi pengkhianatan ahli dari dalam parti sehingga memberi kesan kepada kemerosotan sokongan pada pilihan raya.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pembersihan bukan sahaja di peringkat kepimpinan tertinggi dan ketua bahagian, sebaliknya perlu melibatkan ahli di bahagian dan cawangan.

“Saya masih berpandangan bahawa kekalahan kita dalam pilihan raya semuanya berpunca daripada pengkhianatan ahli Umno sendiri terhadap calon.

“Rasionalnya itulah, mengambil contoh terbaru di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman macam mana boleh dapat 27,000 undi kalau ahli Umno ada 30,000 di situ, mana pergi lagi 3,000?.

“Ertinya pengkhiatan dalaman oleh ahli sendiri. Yang dibuang dan digantung baru-baru ini peringkat tertinggi sahaja, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau ketua bahagian.

“Pembersihan yang sepatutnya kita lakukan ialah dalam kalangan ahli Umno itu sendiri, kalau kita nak putihkan nak bersihkan bermula daripada cawangan, kerana yang mengundi adalah peringkat cawangan,” katanya dalam temubual bersama Scoop.

Umno perlu dibersihkan bermula daripada cawangan kerana pada akhirnya yang mengundi adalah peringkat cawangan – Gambar Scoop/Alif Omar, 8 Disember, 2023

Beliau berkata, pembersihan dan pemutihan ahli perlu dilakukan berikutan angka ahli yang sering diuar-uarkan kemungkinan tidak mencapai sehingga 3.5 juta.

“Contoh cawangan A mengikut rekod ada ahli 250 orang, senarai dihantar ke ibu pejabat dan direkod, tapi bila buat mesyuarat agung cawangan, yang hadir hanya cukup korum 25 orang, mana pergi yang lain?,” katanya.

Beliau berkata, ibu pejabat juga sudah lama mengarahkan cawangan-cawangan melakukan pemutihan ahli, namun perkara itu tidak berlaku seperti diinginkan.

“Ada ahli yang dah meninggal masih ada dalam rekod, ada yang masuk parti lain masih masuk dalam rekod. Jadi pihak cawangan yang gagal untuk memastikan pemutihan ini berjalan, saya yakin, angka yang diuar-uarkan 3.5 atau 3.6 juta ahli Umno itu tidak sampai.

“Sudah sampai masanya Umno memikirkan ini, tak payah berbangga dengan ahli yang ramai tapi kita hendak ahli yang berkualiti, yang sanggup bersama Umno pada zaman senang dan susah, bukan bila dalam keadaan masalah, dia lompat sana, lompat sini, maki sana dan sini (terhadap parti) katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno akan terhapus pada PRU-16 hanyalah cubaan untuk memancing ahli Umno supaya meninggalkan parti dengan menggunakan isu Dap sebagai ‘umpan’.

“Dia nampak bahawa senario yang berlaku sekarang ini dalam Umno, saya tak nafikan bahawa ada kalangan ahli yang tidak senang dengan kerjasama bersama Pakatan Harapan khususnya DAP.

“Dia gunakan peluang ini untuk memancing ahli supaya tinggalkan Umno dan masuk parti lain khususnya PAS dan Bersatu,” katanya.

Beliau berkata, Dr Mahathir adalah punca segala masalah dihadapi orang Melayu ketika ini.

Datuk Mustapha Yaakub mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah punca segala masalah dihadapi orang Melayu ketika ini – Gambar Bernama, 8 Disember, 2023

“Dia berjaya menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri dengan cemerlang selama 22 tahun dalam keadaan Umno itu kuat dan dominan.

“Dia tanam dalam kepala orang Umno ini 60 tahun lebih, kebenciannya kepada DAP, maka kita benci DAP, balun DAP.

“Tapi tiba-tiba dalam PRU-14 dia bersekongkol dengan DAP hingga berjaya menjatuhkan kerajaan BN dan Umno, selepas itu menubuhkan kerajaan, bermakna dia lebih dulu mencium dahi DAP,” katanya. – 8 Disember 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Aaron, Wooi Yik mean business: extra night training ahead of Paris Olympics

Women’s doubles pair Pearly Tan and M. Thinaah, mixed doubles duo Chen Tang Jie and Toh Ee Wei, will also participate

Related