TH keluarkan surat tawaran tunaikan haji dalam tempoh terdekat

Bakal haji diingatkan tidak serah wang deposit kepada syarikat PJH jika belum menerima surat tawaran tersebut

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran menunaikan haji bagi musim 1445H/2024 kepada mereka yang layak dalam tempoh terdekat.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, untuk itu bakal haji yang berhasrat menunaikan haji melalui syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) diminta untuk tidak menyerahkan sebarang wang deposit kepada syarikat berkenaan sekiranya belum menerima surat tawaran tersebut.

“Insya-Allah, surat tawaran menunaikan haji akan dikeluarkan sedikit masa lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tahun ini, Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota jemaah haji Malaysia yang merupakan jumlah kuota penuh seperti yang diluluskan pada musim haji yang lalu.

Katanya, untuk musim haji 1445H/2024, TH telah menyerahkan lesen kepada 25 syarikat pelancongan tempatan, termasuk anak syarikatnya, Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) untuk beroperasi sebagai PJH.

Katanya, pelantikan 25 PJH tersebut adalah sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H yang dikendalikan TH setiap tahun.

“TH telah menyerahkan lesen PJH kepada syarikat yang benar-benar layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan. TH mengingatkan syarikat pelancongan Islam yang lain agar memberi komitmen penuh untuk bersama-sama membendung penipuan perkhidmatan pakej haji.

“Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya syarikat pelancongan yang tidak mempunyai lesen PJH menawarkan pakej haji serta mengelola perkhidmatan haji, kerana melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995, Akta 535.

“Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, TH mengingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah akta tersebut,” katanya.

Katanya, TH berharap orang ramai sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan tidak mahu kes yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini di mana ada jemaah haji terkandas akibat ditipu oleh syarikat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan pakej haji.

Sebagai peringatan tambahan katanya, rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu mengerjakan haji menggunakan visa haji dan tidak menggunakan visa pelancong yang salah dari sisi peraturan Arab Saudi demi menjaga keselamatan jemaah sepanjang tempoh berada di Tanah Suci. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Gopeng says goodbye to beloved 111-year-old soy sauce factory Hup Teck

For over a century, Uncle Tong’s family kept culinary heritage alive with all-natural, sun-fermented soy sauce crafted in age-old earthen pots, a tradition which started in 1914

Related