Tak hadir mesyuarat, MKT Umno pecat Isham Jalil

Perkara itu dikongsi seorang pemimpin Umno yang turut hadir pada mesyuarat parti berkenaan yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malam ini

11:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Susulan kenyataan protes Isham Jalil petang tadi, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat keputusan untuk memecat Ahli MKT itu.

Menurut laporan portal BH, perkara itu dikongsi seorang pemimpin Umno yang turut hadir pada mesyuarat parti berkenaan yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.

Petang tadi, Isham Jalil menegaskan beliau akan protes dan enggan menghadiri mesyuarat parti itu malam ini.

Tegasnya, beliau tetap dengan pendirian itu selagi Zahid memilih untuk kekal menyertai pilihan raya bersama DAP.

Isham berkata, sebagai Ahli MKT bagi penggal kedua, beliau dapat membaca apa yang akan dilakukan Zahid dalam mesyuarat tersebut.

“Buat apa saya ikut kemahuan dia dan datang tadah muka di lubuknya.

“Kalau dia ikhlas, mungkin Presiden boleh tunaikan cabarannya untuk berdebat dengan saya sebelum ini, di gelanggang yang neutral. Kalau dia berani,” katanya.

Sementara itu, Ahli MKT, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii mendakwa, kenyataan ‘berani’ Isham seolah-olah mahu tindakan dikenakan terhadapnya.

“Bila dia sengaja mengundang untuk diambil tindakan, kalau mahu tindakan itu diambil untuk mempopularkan dia, itu satu tindakan yang tak bertanggungjawab,” katanya.

Malah, katanya, sebagai Ahli MKT, Isham seharusnya sedar akan tanggungjawabnya kepada parti dan mengelak mengeluarkan sebarang kenyataan yang dilihat membelakangkan partinya. – 6 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related