Krisis beras, benih padi tak timbul jika Bernas penuhi 10 obligasi: Mada

Setakat ini Mada melihat obligasi itu belum sepenuhnya dipenuhi Bernas

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu monopoli industri padi dan beras tidak akan timbul sekiranya Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dapat memenuhi 10 obligasi selepas konsesinya bagi pengedaran makanan ruji itu disambung kerajaan sehingga 2031.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Ismail Salleh berkata, setakat ini pihaknya melihat obligasi itu belum sepenuhnya dipenuhi sehingga menimbulkan krisis, antaranya kekurangan beras putih tempatan (BPT) dan benih padi sah.

Menurutnya, selain obligasi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pesawah, Bernas perlu memastikan komitmen mereka dalam bantuan bencana, menyedia simpanan stok (stockpile) benih padi dan beras, selain perlaksanaan sistem lebih menyeluruh dalam industri itu.

Perdana Menteri telah bertemu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk meminta komitmen CSR, RM10 juta dan RM50 juta daripada Bernas – Gambar media sosial, 7 Disember, 2023

“Usaha dilakukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk minta komitmen CSR, RM10 juta dan RM50 juta daripada Bernas, minta 30 peratus daripada profit (keuntungan), itu salah satu komitmen (obligasi).

“Kalau diperkemaskan semua komitmen itu, maknanya Bernas ini entiti swasta yang menjadi rakan karib kerajaan, membantu memastikan industri padi beras dipelihara dengan cara sepatutnya.

“Jadi kalau peranan itu dapat dilakukan saya rasa, orang tidak sentuh sangat berkenaan (isu) monopoli,” katanya kepada Scoop.

Beliau berkata, isu monopoli timbul selepas krisis keterjaminan makanan, terutama membabitkan masalah kekurangan bekalan beras tempatan dibangkitkan sebelum ini.

“Orang sebut monopoli ini, maksudnya dia monopoli apabila dapat AP (permit) import, dia ‘single gatekeeper’ seorang sahaja dapat (hak import beras).

“Beras import sekarang berapa? Harga lantai RM32 atau RM3.20 sekilogram (kg). Cuba tengok di pasar raya ada tak harga ini. Tidak ada… (yang ada) RM45, RM55 atau RM65.

“Bila monopoli dengan margin keuntungan yang sangat tinggi, disamping tidak memberi komitmen disebut tadi, inilah orang marah pasal monopoli,” katanya.

Isu monopoli industri padi dan beras tidak akan timbul sekiranya Bernas dapat memenuhi 10 obligasi selepas konsesinya bagi pengedaran makanan ruji itu disambung kerajaan sehingga 2031 – Gambar Scoop, 7 Disember, 2023

Sebelum ini, kerajaan bersetuju melanjutkan konsesi Bernas bagi pengedaran beras di negara ini untuk tempoh 10 tahun lagi bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

Pelanjutan konsesi itu menyaksikan penambahan bilangan obligasi sosial daripada lima kepada 10 yang perlu dipenuhi Bernas.

Antara obligasi sosial itu, termasuk memelihara, menyelenggara, mengurus dan mengekalkan stok penimbal beras negara pada paras kuantiti ditetapkan kerajaan; bertindak sebagai pembeli terakhir padi daripada petani; pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani serta membangunkan sawah berskala besar.

Tambah Ismail, ada keperluan untuk Bernas mematuhi serta menyegerakan segala obligasi itu dan seandainya tidak dipenuhi, perubahan perlu dilakukan.

Beliau berkata, dengan dividen tinggi diperoleh entiti tunggal diberi hak mengimport beras itu, Bernas wajib memberi bantuan.

“Sebab Bernas dapat sambungan kontrak, seterusnya dapat kontrak AP monopoli. Tapi (jika) dia kongsi sebahagian keuntungan itu dalam 10 komitmen tadi, pasti tidak ada yang mengadu kerana ‘stokpile’ (simpanan stok) cukup, malah sistem dan CSR ada waktu bencana.

“Saya rasa keperluan untuk mematuhi segala komitmen itu perlu disegerakan. Jika itu tidak berlaku, perubahan perlu dilakukan, tapi selepas 10 tahun lah (konsesi tamat) sebab MoU dah dimeterai.

“Buat masa ini, oleh kerana MoU itu ada, maka laksanakan keseluruhan komitmen terbabit yang saya rasa kalau dilaksanakan, Bernas akan berfungsi seperti Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN),” katanya.

Bernas, sepanjang tiga tahun kewangan (TK) lalu dari TK2020 hingga TK2022, membayar dividen RM996.22 juta kepada pemegang sahamnya, Tradewinds Group (M) Sdn Bhd yang dikawal Syed Mokhtar. – 7 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related