Perpaduan ummah tidak pernah bernoktah, ‘Zahid nakhoda gagal, PAS akan selamatkan Umno’: Fadhli

PAS akan terus berusaha selamatkan pemimpin dan ahli Umno daripada karam, sama ada dengan menyelamatkan kapal Umno atau menjemput mereka menyertai kapal lain

5:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai ketua yang gagal mengemudi Umno walaupun parti itu kini sedang karam.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dalam situasi itu, pemimpin kanan dan ‘anak buah’ Zahid masih takut untuk bersuara mengenai kegagalan terbabit, malah tetap menunjukkan sokongan kepada Presiden Umno berkenaan.

“Saya sifatkan Presiden Umno ialah nakhoda gagal yang sedang kapalnya karam.

“Sayangnya, ‘anak-anak kapal’ sekelilingnya tiada yang berani menegur, bahkan hanya berperanan menjadi tukang ampu sedangkan sangat jelas kapal sedang dinaiki karam sedikit demi sedikit,” katanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun, beliau berkata, memandangkan PAS tidak pernah menganggap usaha memperkasakan perpaduan ummah bernoktah, parti itu akan terus berusaha menyelamatkan pemimpin dan ahli Umno daripada terus karam.

“Sama ada menyelamatkan kapal Umno atau menjemput mereka menyertai kapal lain. Perpaduan ummah tidak pernah akan bernoktah usahanya,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Zahid pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini yang menyifatkan PAS sebagai ‘gila talak’, susulan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu masih mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Umno, Fadhli berkata, ia terpulang kepada pemimpin berkenaan.

“Biarlah Presiden Umno menyatakan PAS ‘gila talak’, hakikatnya yang ‘gila talak’ inilah menang lebih besar berbanding sedang mengata nista.

“Realitinya posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Bandar pun gagal dimanfaatkan untuk memikat undi masyarakat luar bandar, khususnya orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata, satu-satunya ‘kejayaan paling besar’ Zahid adalah menyelamatkan dirinya daripada terus didakwa atas 47 pertuduhan jenayah, biarpun kerajaan Malaysia menghadapi kecaman dari dalam dan luar negara.

“Sayangnya yang berdegar-degar melaungkan agenda reformasi itulah yang sedang menjulang agenda menyelamatkan Zahid.

“Jika Ronin 47 ialah kisah sekumpulan samurai yang sanggup berkorban demi harga diri dan maruah mereka, Zahid 47 kisah seorang tokoh sanggup menenggelamkan bahtera perjuangannya sendiri. Benar atau tidak, tunggulah sahaja,” katanya.

Dalam kenyataannya itu, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya menoktahkan mimpi bersama Umno.

Katanya, sejarah pahit sebelum ini mengakibatkan Umno nekad tidak menjalinkan semula kerjasama dengan PAS yang kini bersama Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, FMT melaporkan, PAS tidak menolak kerjasama dengan parti berkenaan walaupun hubungan antara dua parti itu keruh, susulan cadangan penyatuan untuk mengambil alih pentadbiran dibangkitkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil.

Dalam cadangannya kelmarin, Isham berkata, Ahli Parlimen Kemaman yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi Perdana Menteri, sekiranya PN berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum PRU-16 selepas PAS memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, baru-baru ini. – 6 Disember, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related