Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki hilang sejak Oktober lepas

Polis menerima laporan kehilangannya pada 24 November lalu

8:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid yang kali terakhir berada di rumah beralamat No B10-11-07, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, 46000 Petaling Jaya pada  jam 1.30 tengah hari.

Beliau berkata polis menerima laporan kehilangannya pada 24 November lepas.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan berkulit sawo matang, berbadan kurus, berambut pendek serta pakaian terakhir adalah baju-T dan seluar trek berwarna hitam semasa keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa itu berada supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03- 79662222. – 6 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related