Rombakan Kabinet: Tak adil buat penilaian dalam tempoh setahun: PM

Rombakan itu perlu, sekiranya prestasi menteri meleset ataupun keadaan lain yang menuntut, kata Anwar

11:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rombakan Kabinet perlu dilakukan sekiranya pretasi menteri dilihat meleset atau wujudnya keadaan lain yang menuntut.

Bagaimanapun katanya, tidak adil untuk menggugurkan Menteri dan Timbalan Menteri menerusi penilaian yang dibuat dalam tempoh setahun.

“Rombakan itu perlu, sekiranya prestasi menteri meleset ataupun keadaan lain yang menuntut. Umpamanya kita ini terbentuk dengan koalisi (gabungan). Jadi, rundingan perlu diadakan. Penyertaan harus setimpal dengan kekuatan parti masing-masing.

“Semua itu mesti ambil dikira. Saya kira tidak lama lagi. Saya diberitahu oleh seorang anak kecil yang memberi nasihat di depan masjid, Akmal, tak salah saya, dia kata sebelum akhir tahun. Jadi, saya setuju.

“Tetapi saya tidak fikir setelah setahun kita membuat penilaian yang adil. Orang perintah 10 tahun, tiga tahun, namun setahun terlalu awal,” katanya pada Wawancara Khas Setahun bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri, malam ini.

Menurutnya, menteri perlu diberi peluang untuk memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, selain sedikit penyesuaian boleh dilakukan dengan menambah portfolio dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Susulan itu, beliau menasihati Jemaah Menteri supaya tidak terlalu selesa
dengan prestasi dicapai selepas setahun Kerajaan Perpaduan menerajui negara.

Katanya, Kabinet perlu mengutamakan keselesaan yang akan dinikmati rakyat, sekali gus menjadi ukuran sebenar pencapaian Kerajaan Perpaduan.

“Kadang-kadang apabila jadi pemimpin, semuanya (rasa) terbaik. Sistem pendidikan semuanya nombor satu, kesihatan… terbaik. Kita dengar dulu, tetapi sebenarnya bila lihat kenyataan, tandas pun tak dapat dibaiki. Sekolah pun banyak yang robek.

“Jangan kita termakan dengan penyakit keselesaan. Kalau tanya saya, kita buat sedaya upaya tetapi jangan (rasa) ini sudah terlalu baik. Ada lagi keupayaan kita untuk membersihkan dan meningkatkan mutu dan etika kerja kerana akhirnya bukan angka pertumbuhan yang disebutkan.

“Kadar inflasi rendah. Tidak siapa boleh pertikai walaupun kita disanggah sebagai gagal, tetapi ternyata kadar inflasi, pertumbuhan dan pengangguran adalah lebih baik,” katanya. – 5 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related