‘Saya akan terus perang dengan golongan salah guna kuasa, tak kira Tun, Tan Sri atau Datuk’ : PM

Perdana Menteri berkata, apabila amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah sistemik, ia mengambil waktu untuk diselamatkan

3:50 PM MYT

Ā 

PUTRAJAYA ā€” Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan terus memerangi golongan yang menyalah guna kuasa dan menyakau duit rakyat tanpa mengira pangkat.

Menurut Anwar, tindakan itu juga tanpa mengira sama ada pihak yang menyalah guna kuasa itu berpangkat Tun, Tan Sri atau Datuk.

ā€œBila amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah sistemik, ia mengambil waktu untuk diselamatkan.

ā€œKita tekankan begitu kerana masih ada penyeludupan dadah di Pelabuhan Klang, masih ada kutipan untuk dapat lesen, saya tidak nafikan.

ā€œKita tekankan perlunya ketelusan dan anti rasuah, tapi percayalah, selagi Allah SWT beri kekuatan pada saya dan kestabilan politik yang ada, Insya-Allah saya akan terus perang dengan golongan yang menyalah guna kuasa.

ā€œTak kira sama ada mereka Tun, Tan Sri dan Datuk. Dengan sokongan saudara, saya akan bekerja sebaik mungkin,ā€ katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Perdana Menteri turut meluahkan rasa bangga dengan prestasi Jemaah Menteri yang mengutamakan proses tender secara telus dalam apa-apa keputusan dan projek yang dirancang untuk dilaksanakan.

Penegasan itu dibuat selepas Anwar menyifatkan kebanyakan nilai dalam masyarakat ketika ini sudah rosak dan runtuh, menyebabkan masyarakat terperangkap dengan pemikiran lapuk dan jumud, selain ia merendahkan martabat manusia serta akal budi.

ā€œ(Prestasi) negara tak boleh terangkat kalau (masih dengan) sikap lama, jadi pemimpin mesti kaya, jadi Perdana Menteri mesti beri projek kepada anak menantu.

ā€œKalau tiada ketegasan untuk membawa perubahan ini, ia tidak ada anjakan, tiada ‘reform’. Penekanan ini tidak mudah sebab puluhan tahun kita dengan cara lama.

ā€œAda kata pada saya buat apa jadi Perdana Menteri kalau tak ambil duit, bodohlah kerana bagi dia cerdik itu maknanya kaya.

ā€œNilai itu sudah rosak, padahal kalau anak kita diminta berkorban, berkhidmat dengan ikhlas, bagaimana pemimpin boleh cuai begitu,” katanya. – 5 Disember, 2023

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

ā—‰ Related