Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 4,530 orang

Kesemua mangsa kini berlindung di 12 pusat pemindahan sementara di jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah

8:43 AM MYT

 

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 4,530 orang daripada 1,462 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 4,398 orang daripada 1,405 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah.

Di Pasir Mas, 11 PPS dibuka melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang yang menempatkan 813 mangsa daripada 264 keluarga, SK Gual Tinggi (898 mangsa daripada 293 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Rantau Panjang (634 mangsa daripada 225 keluarga), SMK (Agama) Lati (88 mangsa daripada 23 keluarga) dan Masjid Mukim Padang Licin (116 mangsa daripada 45 keluarga).

Enam lagi PPS ialah SK Gual Periok yang menempatkan 269 mangsa daripada 79 keluarga, SK Sri Kiambang (345 mangsa daripada 107 keluarga), SK Chicha Tinggi (261 mangsa daripada 72 keluarga), SK Lati (223 mangsa daripada 62 keluarga), SMK Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga) dan SK Sri Rantau Panjang 2 (711 mangsa daripada 243 keluarga).

Selain itu, sebuah PPS dibuka di jajahan Tanah Merah iaitu Balai Raya Padang Kijang dengan menempatkan 19 mangsa daripada lapan keluarga.

Berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ Sungai Golok di Pasir Mas merekodkan bacaan paras bahaya iaitu 9.97 meter (m), manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada tahap waspada dengan bacaan 2.30m. – 4 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

No call with Trump? PM Anwar has better things to do: Nazri

Former envoy slams US obsession, says Malaysia shouldn’t grovel and should prioritise China, Russia, India, and Türkiye

Santan naik harga: peniaga mungkin terpaksa jual kuih RM1 sebiji

Kenaikan itu sukar dielak kerana selain kelapa dan santan yang mendadak, peniaga juga terpaksa menghadapi kenaikan bahan-bahan mentah yang lain

Gergasi minyak Thailand tarik diri daripada projek Lang Lebah ketika pertikaian Petronas-Petros makin memuncak

Pernah dianggap sebagai ‘projek berprestij’ di Malaysia, projek luar pesisir Sarawak kini berdepan masa depan yang tidak menentu akibat lonjakan bajet serta pertikaian minyak antara negeri-persekutuan dengan kos melebihi AS$1 bilion

Related