Bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng meninggal dunia

Beliau dikatakan mengalami serangan jantung sejak minggu lalu dan dimasukkan ke wad

6:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika dihubungi Scoop memaklumkan Jui Meng meninggal dunia pada pukul 4.14 petang tadi.

Beliau dikatakan mengalami serangan jantung sejak minggu lalu dan dimasukkan ke wad.

Jui Meng, yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri menganggotai Kabinet sebagai Menteri Kesihatan selama sembilan tahun iaitu dari 1995 sehingga 2004.

Ketika itu beliau bersama MCA sejak 1976 sehingga 2009 sehingga dilantik sebagai Naib Presiden.

Namun pada 2009, Jui Meng mengumumkan menyertai PKR dan dilantik sebagai ketua parti berkenaan di Johor.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, mendiang tewas dalam saingan kerusi Parlimen Segamat kepada Presiden MIC, Tan Sri S. Subramaniam. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related