Rektor Universiti Islam Gaza terbunuh dalam serangan udara Israel

Dr Sufyan Tayeh dan keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan Al-Faluja, Jabalia, timur laut Semenanjung Gaza

11:57 AM MYT

 

ISTANBUL – Rektor Universiti Islam Gaza di Semenanjung Gaza, Dr Sufyan Tayeh dan keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel semalam, lapor Agensi Anadolu.

Serangan udara itu berlaku di kawasan Al-Faluja di Jabalia, timur laut Semenanjung Gaza.

“Ahli akademik dan Presiden Universiti Islam, Dr Sufian Tayeh dan keluarganya meninggal dunia hari ini akibat serangan udara tentera penceroboh di kawasan Faluja di Gaza,” menurut Menteri Pendidikan Mahmoud Abu Mouis dalam satu kenyataan.

Menurut laporan Quds News Network, Tayeh tersenarai sebagai antara penyelidik terbaik di dunia pada 2021.

Dilahirkan pada tahun 1971 di utara Gaza, Tayeh merupakan seorang penyelidik dalam fizik dan matematik gunaan.

Kementerian Kesihatan Gaza semalam berkata, angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 15,207 orang sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober lalu.

Tentera penceroboh Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat selepas mengisytiharkan jeda kemanusiaan selama seminggu tamat. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related