Kerajaan tidak khuatir keputusan PRK Kemaman: Fahmi

Begitupun kemenangan PAS di Kemaman memberi isyarat mereka sangat yakin memiliki calon Perdana Menteri

11:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan tidak khuatir dengan kemenangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam, kata Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pihak kerajaan akan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan khidmat kepada rakyat, termasuk di Kemaman tidak akan diabaikan.

“… tetapi penting signalnya di sini nampaknya seperti PAS sangat yakin, dan ada calon Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Run Hack: Scam Alert 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Semalam, PAS mengekalkan status quo di Kemaman selepas calonnya, Ahmad Samsuri memenangi PRK Parlimen itu dengan majoriti 37,220 setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related