3 gempa bumi kuat landa Kepulauan Filipina, 9 lagi gempa kategori sederhana

Terdahulu pada pukul 10.37 malam tadi, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi kuat dengan magnitud 7.5 berlaku di Mindanao iaitu pada jarak 42 kilometer dari tenggara Gingoog City

8:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kejadian gempa bumi direkodkan dalam tempoh lapan jam ini di sekitar Kepulauan Filipina khususnya di Mindanao termasuk tiga dikategorikan gempa bumi kuat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), terbaharu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.3 melanda rantau kepulauan itu pada pukul 6.35 pagi tadi pada jarak 113 kilometer (km) dari timur Bislig.

Terdahulu pada pukul 10.37 malam tadi, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi kuat dengan magnitud 7.5 berlaku di Mindanao iaitu pada jarak 42 kilometer dari tenggara Gingoog City.

Al-Jazeera memetik Agensi Meteorologi Jepun melaporkan, gelombang tsunami setinggi 40 sentimeter dilaporkan berlaku di Pulau Hachijojima, Jepun, susulan gempa bummi di Filipina.

Awalnya agensi itu mengeluarkan amaran tsunami setinggi satu meter.

MetMalaysia melaporkan, gempa susulan kategori sederhana kemudiannya melanda pada pukul 11.21 malam dengan magnitud 5.8, 117 kilometer dari timur Bislig.

Ia diikuti gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.4 di Mindanao pada pukul 11.46 malam (49km dari timur laut Bislig).

Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 direkodkan di rantau Kepulauan Filipina pada pukul 12.03 pagi tadi (79km dari timur Bislig).

Pada pukul 12.53 pagi pula, gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.6 direkodkan berlaku di rantau berkenaan (133km dari timur Gingoog City).

Menurut MetMalaysia, gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 direkodkan pada pukul 1.40 pagi di rantau sama (82km dari timur Bislig).

Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.7 turut direkodkan pada pukul 2.09 pagi (98km dari timur Bislig).

Ia disusuli gempa dengan magnitud 5.1 di Mindanao pada pukul 3.19 pagi (58km dari tenggara Bislig); gempa bumi sederhana magnitud 5.2 di rantau Kepulauan Filipina pada pukul 4.39 pagi (101km dari timur Bislig); magnitud 5.8 di rantau Kepulauan Filipina pada pukul 4.52 pagi (82km dari timur Bislig) dan gempa dengan magnitud 5.1 di Mindanao pada pukul 5.46 pagi (67km dari timur Bislig).

The Rappler, sebuah agensi berita Filipina, melaporkan, Ketua Polis Hinatuan (sebuah bandar berhampiran pusat gempa), Raymark Gentallan berkata, bekalan elektrik terputus sejak malam tadi dengan pasukan tindak balas bencana giat memantau sebarang kecederaan atau kerosakan bangunan. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related