Pelajar ditahan bantu siasatan kes cabul 14 pelajar OKU

Kesemua mangsa berusia antara berusia 13 dan 14 tahun merupakan pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme

11:05 PM MYT

 

KEPALA BATAS – Polis menahan seorang pelajar Tingkatan Satu bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, ACP Mohd Asri Shafie berkata remaja lelaki yang juga OKU berusia 13 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada pengetua sekolah tersebut.

“Kesemua mangsa berusia antara berusia 13 dan 14 tahun merupakan pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya, pihaknya sedang mengesan saksi dan merekodkan keterangan daripada mangsa.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] Swatch scandal: Home Ministry must return Pride collection watches in 14 days

High court rules in favour of company but did not make any orders for damages, costs

Related