Poligami itu sunnah, jika ‘langkah pertama’ sudah salah, bagaimana mahu pimpin keluarga?

Antara masalah sering timbul akibat kegagalan mendaftarkan perkahwinan adalah tidak dapat mendaftar kelahiran anak serta status sah taraf anak juga diragui

3:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Individu yang berkahwin di luar negara perlu segera mendaftar perkahwinan mereka agar tidak mendatangkan kesukaran kepada anak-anak di kemudian hari.

Demikian tegas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam ingatannya terhadap mana-mana pihak yang berpoligami atau merancang untuk berpoligami.

Tanpa menyatakan nama mana-mana individu, JAWI dipercayai merujuk kes tular seorang pempengaruh media sosial terkenal bernikah dengan isteri keduanya di Songkhla, Thailand.

Menurut JAWI, antara masalah yang sering timbul akibat kegagalan mendaftarkan perkahwinan adalah tidak dapat mendaftar kelahiran anak serta status sah taraf anak juga diragui.

Malah katanya, isteri yang baru dikahwini tidak boleh menuntut sebarang hak ketika bercerai termasuklah harta pusaka sekiranya suami meninggal dunia.

“Poligami itu sunnah, tapi haruslah dengan hikmah.

“Jika langkah pertama sudah tersalah, bagaimana mahu memimpin keluarga dengan sakinah? Kesilapan ini akan menjadi kitaran yang memberi kesan kepada anak-anak kita pada masa hadapan,” katanya.

Isu poligami menjadi hangat baru-baru ini melibatkan seorang pempengaruh media sosial.

Malah seorang Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat baru-baru ini berkata, isu ‘bujang senja’ atau wanita lambat berkahwin mungkin dapat diatasi melalui poligami.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan apabila Ahli Parlimen kerajaan bangkit dan mendakwa syor berkenaan bersifat seksis dan menyinggung perasaan golongan isteri kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada suami untuk berpoligami. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related