Pemuda maut digilis tren selepas terjatuh di landasan LRT

Mangsa dilaporkan masih sedarkan diri ketika kerja menyelamat dijalankan, namun kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah

12:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang individu berusia 27 tahun maut akibat kecederaan parah, selepas dia terjatuh ke landasan tren transit aliran ringan (LRT) di Stesen Dato Keramat, malam tadi.

Komander Operasi, Mohd Fabell Md Yasin berkata, insiden terbabit mengakibatkan kedua-dua kaki mangsa digilis tren.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.10 malam.

“Mangsa dilaporkan masih berada dalam keadaan sedarkan diri dan kerja menyelamat giat dijalankan untuk mengeluarkannya daripada landasan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Katanya, mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat dengan bantuan pihak teknikal LRT yang menggerakkan tren secara mengundur.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM tidak lama selepas itu akibat kecederaan parah.

“Kes ini diserahkan kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya berdepan gangguan, susulan masalah teknikal di Stesen Dato’ Keramat.

Perkara itu dimaklumkan Rapid Rail (Rapid KL) menerusi hantaran di Facebook.

Susulan gangguan itu, perkhidmatan tren alternatif diaktifkan.

“Tren dari Gombak akan berpatah balik di Setiawangsa, manakala tren perantara di antara Setiawangsa dan KLCC.

“Tren perantara antara KLCC dan Pasar Seni serta tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Pasar Seni,” katanya. – 2 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related