30 lagi rakyat Palestin dibebaskan dari penjara Israel

Sebagai pertukaran, Hamas membebaskan lapan tebusan warga Israel

8:44 AM MYT

 

BAITULMAQDIS — Tiga puluh tawanan Palestin dibebaskan semalam dalam pertukaran terbaru di bawah perjanjian gencatan senjata lanjutan yang akan tamat dalam tempoh beberapa jam lagi.

Tawanan termasuk 23 kanak-kanak bawah umur dan tujuh wanita dibebaskan beberapa jam selepas kumpulan Hamas membebaskan lapan warga Israel.

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 10 tawanan Israel harus dibebaskan hidup-hidup setiap hari.

Tetapi sumber yang rapat dengan Hamas memberitahu AFP bahawa dua wanita warga Rusia-Israel dibebaskan kelmarin, manakala 10 yang lain menggantikan hanya lapan warga Israel yang dibebaskan, semalam.

Qatar yang juga pengantara rundingan perjanjian jeda kemanusiaan itu, kelihatan menyokong syarat pertukaran tersebut.

Sejak ia dikuatkuasakan pada 24 November lalu, perjanjian gencatan senjata berjaya membebaskan 110 tawanan, termasuk 80 warga Israel.

Majoriti daripada 30 tawanan bukan warga Israel yang dibebaskan adalah dari Thailand. Mereka dibebaskan menerusi perjanjian berasingan.

Israel sudah membebaskan 240 tawanan Palestin sebagai pertukaran setakat ini. — Agensi

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related