Wahab buat laporan polis hari ini

Abdul Wahab membuat laporan polis pada pukul 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani membuat laporan polis hari ini berhubung rakaman video perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan seorang kakitangan agensi itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama berkata, Abdul Wahab membuat laporan polis pada 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini.

Beliau berkata, kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus mendakwa video berkenaan disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sementara itu, Hussein berkata, polis masih mengesan beberapa lagi individu terlibat dalam pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, 25 November lepas.

Beliau berkata, daripada 23 individu yang ditahan, sembilan daripada mereka akan dituduh esok di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.

“Selebihnya akan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Ahad lepas, tular menerusi media sosial video berdurasi 44 saat dan tiga keping gambar memaparkan pergaduhan sekumpulan individu serta kenderaan rosak akibat pergaduhan di Stadium MBPJ sebelum perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC. – 30 November, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related