Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, majikan berdepan tindakan undang-undang

Lima daripada mereka tidak mempunyai rekod caruman dan pendaftaran, manakala empat tidak dibayar wang itu sejak tiga tahun lalu

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majikan kepada sembilan pekerja asing yang terbabit dalam kejadian runtuhan tapak pembinaan di Pulau Pinang, berdepan tindakan undang-undang kerana tidak melakukan caruman dan pendaftaran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menerusi kenyataannya, Perkeso memaklumkan, lima daripada mereka tidak mempunyai rekod caruman dan pendaftaran.

Katanya, hasil semakan Kementerian Sumber Manusia terhadap tiga pekerja asing terbabit, iaitu masing-masing dua maut dan parah, mendapati mereka mempunyai rekod pendaftaran dengan Perkeso, tetapi tiada caruman sejak diambil bekerja antara 2020 hingga Julai 2023.

“Bagaimanapun, seorang lagi pekerja asing yang maut tidak mempunyai rekod pendaftaran dan caruman dengan Perkeso.

“Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu, jelas melanggari Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

“Semua pekerja asing, termasuk yang berkhidmat sebagai buruh di sektor pembinaan, diwajibkan untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso berkuat kuasa sepenuhnya 1 Januari 2020,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menegaskan, pihaknya menerusi Perkeso akan mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang bertanggungjawab menggaji pekerja asing di tapak projek pembinaan gudang logistik berkenaan.

“Kegagalan mendaftarkan dan mencarum pekerja asing boleh didakwa mengikut Seksyen 94, Akta 4 yang membawa hukuman denda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang culas mendaftar dan membayar caruman pekerja asing, sekali gus menafikan hak perlindungan sosial mereka,” katanya.

Sivakumar berkata, sehingga kini, Kementerian Sumber Manusia menerusi Perkeso masih giat menjalankan semakan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia serta agensi berkaitan.

Ujarnya, semakan itu mengenai empat lagi pekerja asing yang dilaporkan tertimbus di bawah serpihan runtuhan di lokasi kejadian.

Berdasarkan perangkaan setakat 31 Oktober lalu, katanya, lebih 1.88 juta pekerja asing dilindungi menerusi Skim Perlindungan Bencana Kerja mengikut Akta 4, dengan 4,566 insiden kemalangan membabitkan pekerja asing dilaporkan ke Perkeso.

“Bagaimanapun, jumlah liputan caruman bagi pekerja asing berbanding kemasukan tenaga buruh luar ke Malaysia menunjukkan, masih ada segelintir majikan ingkar dalam mematuhi peruntukan Akta 4,” katanya. – 30 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related