Elaun Pengurus, Penolong Pengurus PEDi dinaikkan RM500

Kenaikan itu akan berkuatkuasa mulai Januari depan

4:21 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Elaun bagi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dinaikkan RM500 mulai Januari depan.

Kenaikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap semasa merasmikan Persidangan PEDi Madani 2023 di sini, hari ini.

“Elaun Pengurus dinaikkan dari RM2,000 ke RM2,500 manakala elaun Penolong Pengurus dinaikkan kepada RM2,000, berbanding RM1,500 sebelum ini,” katanya.

Kenaikan itu akan membabitkan 801 Pengurus dan 521 Penolong Pengurus PEDi di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (kiri) beramah mesra dengan peserta jualan sempena Persidangan PEDi Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 29 November, 2023

Terdahulu, sebelum pengumuman kenaikan elaun itu, Perdana Menteri turut bertanyakan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi yang hadir pada persidangan berkenaan sama ada mereka bersedia dengan tugasan tambahan kelak.

“Saya nak tambah beban supaya setiap PEDi itu dipantau, diberikan laporan supaya dapat menjurus kepada kelompok yang lebih luas kepada anak-anak sekolah.

“Terutamanya memberi latihan kepada mereka dan perkenalkan pelbagai aplikasi dan kecanggihan bidang teknologi digital, (jadi) setuju kalau saya beri tugas tambahan ini?” soalnya.

Beliau berkata, sepatutnya elaun baharu itu diberikan pada April tahun depan, tetapi kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan bayarannya bermula Januari 2024.

Persidangan PEDi Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini meriah dengan jualan dan pengunjung – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 29 November, 2023

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan juga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kerana memberi galakan dan dorongan kepada ramai anak muda.

“Saya terharu (melihat) orang muda terlibat dalam PEDi, begitu semangat dan beri dukungan lebih kepada PEDi,” katanya. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related