Ketua perisik AS, Israel bertemu PM Qatar bincang lanjutan gencatan senjata di Gaza

Qatar yang juga pengantara perjanjian itu berkata, jeda kemanusiaan dalam pertempuran antara Israel dan Hamas akan dilanjutkan selama dua hari

3:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) dan Mossad Israel bertemu di Qatar untuk membincangkan lanjutan gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas serta tawanan yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.

Pengarah CIA, William Burns dan Ketua Perkhidmatan Perisikan Mossad, David Barnea mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani, sehari selepas Doha mengumumkan lanjutan dua hari perjanjian gencatan senjata selama empat hari di Gaza.

Kelmarin, Qatar yang juga pengantara perjanjian itu berkata, jeda kemanusiaan dalam pertempuran antara Israel dan Hamas akan dilanjutkan selama dua hari, beberapa jam sebelum gencatan senjata awal empat hari di Gaza berakhir.

Qatar, AS dan Mesir terlibat dalam rundingan penting untuk mewujudkan dan melanjutkan gencatan senjata di Gaza.

Sepanjang jeda awal, Hamas membebaskan 69 tawanan di mana 51 daripada warga Israel dan 18 lagi dari negara lain.

Sebagai pertukaran, 150 tahanan Palestin yang terdiri daripada 117 kanak-kanak dan 33 wanita dibebaskan dan lebih banyak bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza.

Rundingan antara AS dan Ketua Perisikan Israel dan Qatar turut dihadiri oleh pegawai Mesir.

Sementara itu, Menteri Keselamatan berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membenarkan tentera kembali berperang di Gaza.

“Kita tidak boleh menunggu sehingga tentera kita terbunuh. Kita mesti sekali lagi bertindak mengikut matlamat perang iaitu kemusnahan Hamas secara total,” katanya di platform X. – Agensi

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related