Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja tapak serta-merta

Datuk Bandar, Datuk A Rajendran berkata, notis itu dikeluarkan hari ini, susulan kejadian bangunan runtuh di tapak berkenaan

11:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sudah mengeluarkan notis henti kerja serta-merta kepada pemaju gudang logistik di tapak pembinaan bangunan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, Bayan Lepas di Pulau Pinang, hari ini.

Datuk Bandarnya, Datuk A Rajendran berkata, notis itu dikeluarkan susulan kejadian bangunan runtuh di tapak berkenaan, malam tadi.

“Kita sudah keluarkan notis berhenti kerja (operasi) serta-merta kepada pemaju dan pihak jurutera, awal pagi ini,” katanya kepada media.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini maklumat diterima pihaknya mendapati, kerja pembinaan bangunan itu dijalankan mengikut jadual.

“Berikutan kedudukan tapak pembinaan yang jauh daripada kawasan perumahan, kita memberi kebenaran kepada mereka untuk bekerja pada waktu malam,” katanya.

Dalam kejadian dilaporkan pada kira-kira jam 9.58 malam itu, seramai 18 warga asing terperangkap dalam runtuhan terbabit.

Tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh kemudian disahkan maut setakat jam 1.40 pagi tadi dalam operasi mencari dan menyelamat dijalankan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi.

Agensi itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamad, dua daripada mangsa terbabit maut di lokasi kejadian, manakala seorang meninggal dunia di hospital dan dua pekerja yang parah dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Empat lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus, justeru kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan.

“Pada masa ini, pelbagai agensi dengan kekuatan seramai 80 anggota sedang berusaha mengeluarkan empat lagi mangsa yang terperangkap,” katanya.

Mohamad Usuf berkata, siasatan awal mendapati rasuk sepanjang 12 meter dengan berat 14 tan di lokasi itu jatuh dan terlanggar rasuk lain.

“Ia mengakibatkan 14 rasuk jatuh dan menimpa pekerja yang berada di bawah.

“Setakat ini kita kenal pasti mangsa yang terbabit adalah warga Bangladesh,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, TS Zulfahmi Sutaji berkata, pihaknya menggunakan bantuan jentera kren bagi mengalihkan rasuk untuk mengeluarkan empat mangsa terperangkap.

“Kawasan dikenal pasti adalah seluas gelanggang bola keranjang dan operasi ini akan diteruskan sehingga kesemua mangsa terperangkap dikeluarkan,” katanya.

Difahamkan, bangunan sedang dalam pembinaan itu membabitkan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang menempatkan pejabat, ruang parkir dan gudang. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related