Permohonan Muhyiddin dapatkan pasport secara kekal ditolak

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi menolak permohonan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, iaitu pendakwaan dan pembelaan

10:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini tidak membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal daripada mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi menolak permohonan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, iaitu pendakwaan dan pembelaan.

Beliau menolak permohonan itu atas alasan Muhyiddin masih menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Selepas mempertimbangkan penghujahan lisan dan bertulis kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati dan menolak permohonan untuk mengubah perintah ikat jamin dan membebaskan pasport antarabangsa pemohon (Muhyiddin).

“Mahkamah berpendapat pemohon masih perlu mengemukakan alasan kukuh (selain memerlukan pasport untuk bercuti) mengapa syarat ikat jamin perlu diubah dan pasport antarabangsa perlu dikembalikan.

“Memandangkan pemohon masih menghadapi pertuduhan di bawah pengubahan wang haram, mahkamah mendapati ia pramatang dan tidak perlu pada peringkat ini untuk mengubah perintah ikat jamin.

“(Bagaimanapun) mahkamah juga berpendapat bahawa pemohon masih boleh memohon untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya buat sementara waktu dan beliau tidak akan prejudis,” katanya.

Muhyiddin memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal pada 16 Oktober lalu, dengan alasan ia akan digunakan untuk perjalanan keluarganya ke United Kingdom dan pemeriksaan kesihatan di Singapura.

Dalam permohonannya, Muhyiddin berkata, lawatan ke luar negara dijadual berlangsung antara 15 Disember hingga 11 Januari.

Pada prosiding sama, hari ini, peguam Muhyiddin, Datuk K Kumaraendran kemudian memohon pelepasan sementara pasport tertuduh bagi lawatannya ke Dubai dan London.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib tidak membantah permohonan itu.

Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan Muhyiddin mendapatkan semula pasportnya buat sementara waktu bermula hari ini.

Beliau juga diarahkan memulangkan pasportnya pada 15 Januari dan mahkamah menetapkan 15 Februari untuk mendengar beberapa permohonan Muhyiddin, termasuk satu untuk membatalkan pertuduhan pengubahan wang haramnya.

Muhyiddin adalah bekas Perdana Menteri kedua yang menggemparkan negara apabila dihadapkan dengan tiga tuduhan rasuah dan empat pertuduhan salah guna kuasa pada Mac tahun ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin bagaimanapun melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada tuduhan salah guna kuasa pada 15 Ogos lalu, berikutan pertuduhan itu cacat.

Bagaimanapun, Muhyiddin masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta, projek Jana Wibawa. Beliau memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan itu pada Oktober tahun ini. – 29 November 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related