AI bantu atasi kekurangan pakar keselamatan siber: Fahmi Fadzil

Di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, 'cohort' yang menyediakan tenaga pakar dalam keselamatan siber ini masih kecil

7:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

“Apabila kita teliti terutama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, ‘cohort’ yang menyediakan tenaga pakar dalam keselamatan siber ini masih kecil… teknologi AI boleh digunakan untuk membantu dalam aspek keselamatan siber walaupun kita kekurangan pakar.

“Namun, secara asasnya kita masih memerlukan tenaga pakar, contohnya organisasi perlu mewujudkan jawatan yang dikenali sebagai CISO (Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat) dan ini penting untuk mengendali dan menyelaras aspek keselamatan siber dalam organisasi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan PNB Planet Cyber 2023, anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB), di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu berkata, Malaysia kekurangan pakar keselamatan siber memandangkan negara hanya memiliki 13,000 daripada 25,000 pekerja yang diperlukan dalam bidang itu menjelang 2025.

Menyentuh mengenai kemajuan pelaksanaan teknologi 5G di Malaysia, Fahmi berkata, kesemua penyedia perkhidmatan komunikasi (MNO) telah diberikan deraf Perjanjian Langganan Saham semalam dan kini dalam proses memperincikan beberapa perkara berbangkit.

“Sejurus kita mencapai 80 peratus (liputan kawasan berpenduduk) barulah kerajaan akan mengumumkan pembentukan entiti kedua.

“Sama ada MNO mencapai persetujuan bersama, MNO mana yang akan membentuk entiti A dan B, atau MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan putuskan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Fahmi berkata, semua pihak perlu memastikan aspek perlindungan data termasuk data peribadi pengguna dijamin susulan banyak berlaku serangan siber.

“Apa sahaja yang disambungkan ke Internet akan terdedah kepada pelbagai risiko dan ancaman siber.

“Oleh itu, Malaysia sentiasa memberikan keutamaan kepada strategi keselamatan siber yang pragmatik bagi memastikan kita mempunyai ruang siber yang terjamin, dipercayai dan berdaya tahan,” katanya. – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related