Lebih 1,000 solidariti untuk rakyat Palestin menerusi ‘Kayuhan Gaza’

6:16 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kesengsaraan hidup penduduk Gaza susulan konflik Israel-Hamas yang tercetus pada 7 Oktober lalu terus mendapat perhatian dunia.

Banyak negara tidak putus-putus menghulurkan sumbangan serta bantuan kemanusiaan termasuklah Malaysia.

Selain menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin, badan bukan kerajaan (NGO), Mercy Malaysia turut mengadakan program kayuhan amal yang berlangsung di Dataran Putrajaya Ahad lalu.

Program dikenali sebagai ‘Kayuhan Gaza’ itu mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 1,000 peserta menyertai kayuhan tersebut.

Kanak-kanak turut menunjukkan sokongan solidariti bersama rakyat Palestin – Gambar Mercy Malaysia, 28 November, 2023

Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus menegaskan program kayuhan itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai cabaran dihadapi rakyat Palestin dan mengumpul dana untuk bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu.

Katanya, ‘Kayuhan Gaza’ pada kali ini bukan hanya memberi harapan kepada penduduk terjejas tetapi pada masa sama menggesa rakyat Malaysia bersuara demi nilai kemanusiaan dan mendesak konflik di wilayah itu dihentikan segera.

“Kita menggunakan suara kita sebagai alat untuk meningkatkan kesedaran mengenai konflik di Palestin.

“Program ini bukan sekadar sebagai saluran penyampaian maklumat, tetapi juga peluang setiap peserta untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan di Gaza,” katanya.

Selain itu, Mercy Malaysia turut menyediakan gerai pameran untuk memberi penerangan kepada orang ramai mengenai usaha yang sudah mereka lakukan untuk membantu rakyat Palestin dalam tempoh sedekad lalu. – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related