Rayer pertahan Ahli Parlimen Bukit Gantang, selar ‘serangan jahat’ pembangkang

Adalah tidak adil Datuk Awang Solahuddin Hashimi (Pendang-PN) menyerang dan membuat sangkaan jahat ke atas Syed Abu Hussin kerana Ahli Parlimen itu tidak berada di dalam Dewan untuk mempertahankan dirinya, kata Rayer

4:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parimen Jelutong, R.S.N. Rayer mempertahankan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang-PN) daripada menjadi ‘serangan’ selepas Ahli Parlimen dari Bersatu itu memberikan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri.

Rayer berkata, adalah tidak adil Datuk Awang Solahuddin Hashimi (Pendang-PN) menyerang dan membuat sangkaan jahat ke atas Syed Abu Hussin kerana Ahli Parlimen itu tidak berada di dalam Dewan untuk mempertahankan dirinya.

Malah kata Rayer, perbahasan Awang telah melencong dan tidak ada kena mengena dengan subjek yang telah dibahaskan termasuk membuat serangan ke atas Syed Abu Hussin.

“Daripada tadi kita dengar membuat perbahasan beliau (Awang Solahuddin) melencong, tiada kena mengena subjek yang dibahaskan, membuat serangan-serangan terhadap Yang Berhormat (YB) Bukit Gantang.

“Memang beliau (Syed Abu Hussin) bukan ahli daripada blok kerajaan tapi saya terpanggil untuk mempertahankan beliau kerana semata-mata beliau tidak ada dalam dewan.

“Dahulu bersama-sama mereka tak serang, sekarang beliau (Awang Solahuddin) telah buat kenyataan ada kes 39B, melutut, ada projek, dia (Syed Abu Hussin) nak lobi sambung balik projek.

“Ini merupakan sangkaan jahat terhadap YB Bukit Gantang. Tidak seharusnya dikeluarkan YB Pendang, saya mintalah supaya beliau tidak meneruskan dengan kenyataan itu,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan di Parlimen, hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor kemudiannya mengarahkan Awang untuk menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Syed Abu Hussin..

Dalam hujahnya, Awang menyifatkan tindakan Syed Abu Hussin itu adalah tidak berprinsip dan bermaruah sebagai salah seorang ahli pembangkang.

“Dia (Syed Abu Hussin) telah mencemarkan nama kami sebagai pembangkang, Perikatan Nasional dan kami sedang berdiri di sini memberi ‘check and balance’ kepada kerajaan tiba-tiba dia buat kenyataan menyokong PM kerana di belakang ada hidden agenda.

“Sebab itu saya sebut dia tiada prinsip, tiada integriti, dia ada masalah peribadi dan dia juga ada projek-projek yang sekarang sedang berlangsung nak tamat dan akan disambung balik,” katanya.


Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari ini telah mengisytihar memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjadi Ahli Parlimen kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related