Bangkit isu peruntukan, PM sekolahkah Takiyuddin, ‘saya minta bincang tapi bukan main sombong’

Anwar juga menegaskan tidak menetapkan sebarang syarat untuk Ahli Parlimen pembangkang mendapatkan peruntukan

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘menyekolahkan’ Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang terus membangkitkan isu berkaitan agihan peruntukan kepada pembangkang di Dewan Rakyat.

Tegasnya, beliau tidak pernah menyebut peruntukan tidak akan diberikan tetapi mahu semua Ahli Parlimen pembangkang berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malah katanya, beliau juga tidak menetapkan sebarang syarat khas kepada pembangkang untuk mendapatkan peruntukan tersebut.

“Saya kata bincang dengan TPM dulu seperti mana kami bincang tatkala Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) jadi Perdana Menteri dan Kota Bharu (Takiyuddin) jadi ahli perundingannya. Dia lupa semua tu… ya dia dalam rundingan.

“Saya tak kata syarat mesti menyokong PM atau jilat PM. Tapi (pembangkang) mengaku dan hanya menghina. Pergi mana-mana kata kami ini bukan Melayu, kami ini bukan Islam. Doa melaknatkan orang tapi minta (pengundi) undi dengan baik, beradab dan berakhlak.

“Saya nak tegaskan di sini, walaupun apa diucapkan, ia tidak halang perundingan untuk kembalikan peruntukan kepada semua wakil rakyat. Tapi ada beberapa peraturan, tidak automatik sepertimana kita terima Perlembagaan,” katanya pada Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Takiyuddin yang mempersoalkan bukankah peruntukan yang diagihkan kepada Ahli Parlimen sepatutnya digunakan untuk kepentingan kawasan Parlimen dan rakyat di kawasan itu tanpa mengira latar belakang politik, bukannya digunakan sebagai alat untuk menyanjung, membodek dan menjilat Perdana Menteri.

Pada masa sama, Anwar turut menempelak tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang enggan berbincang dengan Fadillah mengenai isu pengagihan peruntukan.

“TPM (Fadillah) tak kata wajib menyokong PM untuk dapatkan peruntukan… tak ada. Ini bincang tidak, bukan main sombong. Saya sebagai Ketua Pembangkang bila dipanggil, Pagoh memang tak mahu jumpa, dia ada ‘class’ lain tapi Bera dia jumpa, kita bincang.

“Jadi saya tak ada masalah, tak rasa terhakis pengaruh dan kedudukan. Saya kenal Kota Bharu dan ramai pimpinan. Saya tidak ada sikap untuk nak benci, tak ada. Saya bukan kata mesti sokong PM dan jilat. Tak pernah saya kata begitu, tetapi beri ruang.

“Saya kalau Kota Bharu ikhlas saya pun begitu… sudahlah. Tapi tak usah hina sampai soal akidah kita sampai tak ada harga langsung dalam kempen-kempen tak boleh,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, meskipun berbeza pendapat, beliau tetap menjemput wakil rakyat pembangkang untuk menghadiri mesyuarat dengan kerajaan luar.

“Saya pergi ke Kedah berunding di sempadan (Sadao dan Bukit Kayu Hitam) dan memang tidak diundang Menteri Besar Perlis dan Menteri Besar Kedah, saya putuskan undang. Perdana Menteri Thailand tidak mengundang MB makan tengah hari di Sadao, saya beri nota kepada Perdana Menteri (Thailand), oleh kerana dia ikut rombongan, minta disamakan dalam jawatankuasa itu.

“Kerana saya tahu had saya. Saya berbeza pendapat dari segi politik tapi saya iktiraf kedudukan bahawa dia (MB) memang dipilih sebagai Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Perlis. Jadi ada hadnya, jangan hina lebih daripada itu.

“Saya juga tahu had saya dan sepertimana berlaku semalam dalam rundingan dengan Perdana Menteri Thailand (Srettha Thavisin) jarang kita bawa pembangkang. Semasa Kota Bharu jadi menteri semasa mesyuarat dengan kerajaan luar tak pernah wakil pembangkang dibawa. (Tapi) Saya bawa wakil,” katanya. – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related