Tindakan kawal selia bukan sekat kebebasan media: MCMC

Ia bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab tanpa menyebarkan fitnah, maklumat kurang tepat, ucapan berbaur kebencian

9:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan kawal selia diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bukan untuk menyekat kebebasan media.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam jawapan disiarkan menerusi laman web Parlimen hari ini memaklumkan, ia bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah atau maklumat kurang tepat, ucapan berbaur kebencian serta melindungi integriti raja berperlembagaan dan institusi demokrasi.

“MCMC mempunyai autoriti dan kewajipan untuk mengambil tindakan kawal selia terhadap penyebaran maklumat palsu, kandungan jelik, mengancam dan berunsur fitnah,” menurut kementerian itu.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berhubung status cadangan penggubalan akta baharu berkaitan 3R (agama, kaum dan institusi raja) dan sekatan yang dikenakan kepada portal berita seperti Utusan TV, MalaysiaNow dan TV Pertiwi.

MCMC turut menasihatkan pengamal media serta saluran berita untuk merujuk kepada Kod Kandungan yang memberi panduan jelas berhubung standard kandungan yang selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Dengan mematuhi Kod Kandungan, pengamal media dapat memastikan pelaporan yang bertanggungjawab selain mengelakkan daripada melangkaui batas kebebasan bersuara,” menurut KKD.

Kementerian itu memaklumkan MCMC turut mengambil inisiatif mengadakan beberapa sesi dialog dan libat urus bersama organisasi media bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit.

Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berterusan sebagai suatu langkah inklusif bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih positif, harmoni dan kondusif untuk semua. – 27 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related