Alif Teega akui sudah nikah lagi, minta isu tersebut tidak dipanjangkan

Alif menyifatkan Aisyah sebagai seorang wanita yang kuat dan masih berada di sisinya meskipun ia sesuatu yang perit

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh Alif Teega yang ‘diasak’ warga maya susulan spekulasi dia berkahwin lagi disaat isterinya Aisyah Hijanah sedang mengandung lima bulan, akhirnya mengakui akan kebenaran berita berkenaan serta meminta supaya isu itu tidak dipanjangkan lagi.

Menerusi hantaran di instagramnya, Alif berkata, pengakuan itu bagi menjawab segala spekulasi mengenai dirinya dan untuk mengelak sebarang fitnah.

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudahpun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni,’’ katanya.

Alif turut mengucapkan terima kasih khususnya kepada Aisyah kerana bersabar dan tabah dengan apa yang berlaku selain masih kuat untuk berada di sisinya meskipun ia sesuatu yang perit.

‘Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza.

“Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat saya dan Aisyah. Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang Subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia,’’ katanya

Justeru Alif memohon supaya mana-mana pihak tidak lagi membuat sebarang spekulasi, hinaan mengenai perkara berkenaan.

Isu perkahwinan Alif menjadi ‘berita’ hangat yang diperkatakan di media sosial sejak semalam apatah lagi selepas Aishah menulis di Instagramnya mengenai perkahwinan suaminya itu, selepas enam tahun mereka hidup bersama sebagai suami isteri.

“Allah pinjamkan lelaki ini selama 6 tahun, Allah pinjamkan lelaki yang banyak berkorban, beri kebahagiaan, mendidik dengan cara yang baik, diberikan syurga dunia untuk Aisyah. Every single thing was so magical,’’ katanya.

Lelaki berkenaan, katanya, bukan miliknya seorang malah kini dia juga menjadi milik kepada wanita lain.

“Tujuan kami maklumkan perkara ini supaya tiada timbul fitnah kepada suami saya. Everything is temporary. Yes, our husbands are pinjaman Allah. And Allah will give you only the best. Let Allah arrange the best for us for upcoming events i
In my dua, I always ask for ‘syurga tanpa hisab’ and since then, every test is not easy to endure,’’ katanya.

Pendedahan Aisyah itu mendapat simpati ramai, dengan ramai pengikutnya mendoakan supaya wanita itu tabah dan kuat dalam berdepan dengan cabaran terbabit. – 27 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related