Johari cadang ganti subsidi minyak masak paket kepada ‘cash transfer’, Fuziah kata ia mungkin cara terbaik tapi…

Fuziah berkata, produk itu juga dalam senarai penyasaran subsidi tahun depan

11:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mencadangkan agar mekanisme pemberian subsidi minyak masak paket ditukarkan dengan ‘cash transfer’ atau pemindahan tunai setiap bulan kepada golongan sasar.

Menurut beliau, kaedah itu dapat mengelak daripada berlakunya ketirisan dan manipulasi, selain kerajaan dapat menjimatkan peruntukan untuk subsidi minyak masak paket itu.

Malah katanya, sejak akhir-akhir ini, ada pihak membeli minyak masak paket untuk menghasilkan biodiesel kerana harga minyak kitar semula lebih tinggi daripada minyak masak bersubsidi itu.

“Adakah kerajaan ingin meneruskan cadangan sama? Saya berpandangan sudah tiba masanya kita lihat bagaimana minyak masak ini kita buat cash transfer (pemindahan tunai).

“Setiap rumah B40 kita anggarkan mereka pakai lebih kurang lima kilogram (kg) sebulan dan kita memang nak bagi harga RM2.50. (Jadi) perbezaan antara harga pasaran kita bagi cash transfer,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau bertanyakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), adakah kerajaan ingin meneruskan mekanisme sama dalam pengagihan subsidi minyak masak paket kepada golongan B40 yang memerlukannya.

Mengulas lanjut, Johari berkata, beliau rungsing apabila melihat kerajaan mengeluarkan 60 juta paket minyak masak bersubsidi itu setiap bulan memandangkan kaedah tersebut boleh dimanipulasi pihak tertentu.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, kerajaan bersetuju dengan cadangan Johari dan memaklumkan pemberian tunai mungkin kaedah terbaik untuk mengatasi ketirisan bagi minyak masak bersubsidi itu.

Malah katanya, kerajaan juga tidak akan meneruskan sistem perbekalan minyak masak paket seperti diamalkan kerajaan terdahulu bermula tahun depan.

“Tentu sekali minyak masak paket dalam senarai penyasaran subsidi. Kita tidak akan teruskan perkara sama dan memang kerajaan amat gusar dengan apa yang dikongsi Yang Berhormat (YB) Titiwangsa.

“Jadi sebagai apa yang disarankan, kita lihat kementerian wajar menerima golongan B40 dan sebahagian daripada M40 yang memerlukannya. Kita juga menyasarkan peniaga mikro.

“Jadi Insya-Allah apabila kita tambah baik dan apabila data kita terima daripada Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) nanti, akan ada satu kedudukan di mana kita boleh melaksanakan penyasaran subsidi ini,” katanya. – 27 November, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related