Gaduh di Stadium MBPJ, polis tahan 23 lelaki

Semua individu berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan dua bas dipercayai membawa penyokong bola sepak

7:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan 23 lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini petang semalam, sebelum aksi Liga Super antara Selangor FC dan Perak FC.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua individu berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan dua bas dipercayai membawa penyokong bola sepak kira-kira 5 petang di kawasan stadium berkenaan.

“Tangkapan dilakukan susulan kejadian lima individu berusia di antara 19 hingga 22 tahun dipukul kira-kira 4.50 petang iaitu sebelum perlawanan bola sepak itu berlangsung.

“Kumpulan individu terbabit juga telah merosakkan empat kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir bersebelahan stadium dan seorang mangsa mengalami patah tangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussein berkata, siasatan awal mendapati kumpulan individu terbabit dipercayai mempunyai niat untuk membuat kecoh dengan merosakkan harta benda dan mencederakan penyokong pasukan bola sepak secara rambang.

Beliau berkata, empat daripada 23 lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah serta jenayah manakala seorang lagi memiliki rekod dikehendaki berkaitan kes bunuh selain 12 lelaki positif dadah hasil saringan air kencing dilakukan.

Kesemua individu berkenaan direman hingga Rabu ini untuk siasat lanjut mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semalam tular menerusi media sosial video berdurasi 44 saat dan tiga keping gambar memaparkan pergaduhan sekumpulan individu serta kenderaan yang rosak akibat pergaduhan yang berlaku di Stadium MBPJ sebelum perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC berlangsung. – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related