Nik Nazmi dapatkan laporan menyeluruh untuk selesai banjir kilat di Bentong

Beliau berkata, tapak air terjun di lokasi berhampiran sudah ditutup demi keselamatan semua

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya sedang mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kejadian banjir dan tanah runtuh di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang semalam.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Nik Nazmi berkata, ketika ini pihaknya sedang mendapatkan laporan penuh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), bagi menentukan tindakan segera yang boleh diambil untuk mengatasi masalah itu.

“Sebelum ke Kongres Nasional Keadilan pagi ini, saya ke Kampung Bukit Tinggi, Bentong, melihat kesan banjir semalam yang berpunca daripada kepala air. Bersama saya MP (Ahli Parlimen) Bentong, Young Syefura Othman, Pegawai Daerah Bentong, jurutera daerah JPS dan beberapa individu lain.

“Saya akan mendapat laporan terperinci untuk lihat opsyen-opsyen penyelesaian. Kami sedang dapatkan laporan penuh daripada JPS dan JMG untuk lihat apa tindakan segera boleh diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi memaklumkan, tapak air terjun di lokasi berhampiran sudah ditutup, selain mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada mengunjungi kawasan berisiko tinggi berkenaan untuk tujuan riadah.

“Tapak air terjun sudah ditutup dari kunjungi orang ramai. Saya berharap orang ramai juga mengelak daripada (berkunjung ke) tapak perkhemahan di cerun dan tepi sungai ketika musim hujan ini demi keselamatan semua,” katanya.

Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial menyambut baik dan memuji maklum balas segera diberikan Nik Nazmi, termasuk turun padang ke kawasan bencana walaupun sedang dalam perjalanan ke acara parti.

Nik Nazmi Nik Ahmad meninjau keadaan banjir dan tanah runtuh di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang semalam – Gambar Twitter Nik Nazmi Nik Ahmad, 26 November, 2023

“Terbaik, keselamatan diutamakan,” kata @laughing_loo33.

“Terbaik sekali YB,” tulis seorang pengguna.

“Selamba (pakai) kasut Asics redah air…steady YB,” komen@iamhaziq_y, sebelum dibalas Nik Nazmi secara bergurau yang mengatakan individu lain mengenakan but.

Scoop hari ini melaporkan, hujan lebat tanpa henti selama beberapa jam malam tadi, menyebabkan Bukit Tinggi dilanda banjir kilat buruk, sehingga menyaksikan laluan ke kawasan berkenaan ditutup sementara akibat air deras.

Young Syefura berkata, banjir itu melanda di kawasan Balai Polis Bukit Tinggi dan sekitarnya pada kira-kira jam 10 malam.

“Saya sudah menghubungi kementerian dan agensi kerajaan terlibat untuk menjalankan tindakan susulan,” katanya – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related