Anwar perlu dinobat sebagai ‘Bapa Malaysia’

Cadangan itu diberikan perwakilan Sabah kerana Anwar melaksanakan beberapa perkara yang tidak dilakukan Perdana Menteri sebelum ini

1:52 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Seorang perwakilan PKR Sabah mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai ‘Bapa Malaysia’.

Pembahas Sabah, Antakor Rasam berkata, ada beberapa perkara dilakukan Anwar yang tidak pernah dilakukan Perdana Menteri sebelumnya.

Beliau berkata, antaranya isu berkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain ia juga tidak pernah ada dalam Perlembagaan mana-mana parti sebaliknya hanya ada di PKR.

“Dengan kuasa tuhan, Presiden PKR diangkat menjadi Perdana Menteri. Beliau melantik Timbalan Perdana Menteri dari Borneo. Segera membentuk Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

“…dan terkini dalam sejarah Dewan Rakyat, meluluskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membolehkan wakil dari Sabah dan Sarawak dilantik sebagai anggota LHDN.

“Perkara ini tidak pernah dilakukan Perdana Menteri sebelumnya. Maka dengan itu, saya fikir tidak ada keraguan lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dinobatkan sebagai Bapa Malaysia,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2023 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Antakor menggesa pimpinan PKR di Sabah supaya menjaga kesihatan bagi berdepan pilihan raya negeri tidak lama lagi.

“Kita perlu menggarap segala sumber dan kekuatan untuk menang kerana pilihan raya itulah yang menjadi kayu ukur kepada pilihan raya umum akan datang.

“Garis dasarnya ialah kesatuan dan perpaduan dalam kalangan pimpinan PKR di Sabah perlu sihat walafiat. Tidak perlu kita kuat, tapi kalau kita berantakan sama sendiri hancur,” katanya. – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related