Kerajaan Perpaduan pulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi negara

Malah, kejayaan pembentukan kerajaan hari ini adalah bukti kepercayaan rakyat kepada kredibiliti parti diterajui Perdana Menteri untuk mentadbir

11:31 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Keupayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan kestabilan politik menjadi bukti Kerajaan Perpaduan mampu membawa lebih banyak kebaikan dalam negara.

Pembahas Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, ia juga memulihkan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi yang sebelum ini dianggap sakit tenat.

“Kejayaan pembentukan kerajaan hari ini adalah bukti kepercayaan rakyat kepada kredibiliti parti untuk mentadbir. 

“Teruslah berkhidmat dengan terbaik dengan mendukung konsep adil dan ihsan dalam merealisasikan kejayaan, bagi memaknai reformasi serta menjulang Madani,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2023 di sini, hari ini.

Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata, kerjasama dan usaha padu agensi kerajaan, menjadi kekuatan dan nadi dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, termasuk di negeri berkenaan. 

“Malah kejayaan lebih besar dapat dipacu menerusi komitmen barisan menteri daripada kalangan parti kita sendiri. Antaranya seperti Menteri Pendidikan, Menteri Kesihatan, Menteri Ekonomi serta Menteri Komunikasi dan Digital,” katanya.

Beliau berkata, proses islah (perubahan) adalah rukun kepada pencapaian al-falah (kejayaan). 

“Dalam konteks Pulau Pinang, perubahan ingin dilaksanakan adalah perubahan yang menjulang adil dan ihsan.

“Ia dengan tekad bagi merapatkan jurang kesenjangan sosial melalui wakaf pembangunan Pulau Pinang dalam bidang perumahan, kesihatan dan pendidikan. 

“Justeru, dengan kerjasama dan dukungan dari semua pihak, saya percaya, kita dapat merealisasikan ketiga-tiga agenda ini bagi mengisi kejayaan gemilang di Pulau Pinang,” katanya. – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related