Najib nafi tutup mulut Sirul, desak berani dedah maklumat dalang pembunuhan

Sementara itu, peguam Najib turut menegaskan bahawa anak guam mereka telah dikecualikan daripada terlibat dalam pembunuhan Altantuya beberapa kali oleh mahkamah selama ini

9:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan sebarang dakwaan cuba mempengaruhi atau menutup mulut bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh pasukan guamannya, Shafee & Co, Najib mendesak Sirul supaya berani dan mendedahkan apa-apa maklumat yang mungkin dia ada kononnya berhubung dalang di sebalik pembunuhan Altantuya, demi membongkar kebenaran, ketelusan dan keadilan.

“Seperti yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Sirul telah diberi peluang untuk membela diri selari dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan, dan bahawa dakwaan Sirul dalam temu bualnya baru-baru ini tidak pernah dikemukakan kepada mana-mana mahkamah yang mengadilinya dari Mahkamah Tinggi sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan.

“Sehubungan itu, anak guam kami menyatakan bahawa memandangkan Sirul berdepan dengan hukuman mati sepanjang perbicaraannya, dia sepatutnya membangkitkan dakwaan itu baru-baru ini kepada mahkamah jika sama mempunyai merit, tetapi belum berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, peguam Najib turut menegaskan bahawa anak guam mereka telah dikecualikan daripada terlibat dalam pembunuhan Altantuya beberapa kali oleh mahkamah selama ini.

Ini termasuk Mahkamah Persekutuan, yang memutuskan pada 2020 bahawa percubaan seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri untuk mengaitkan Najib dalam kes itu “tidak mempunyai merit dan tidak berasas”.

Menurut kenyataan itu lagi, walaupun laporan media sering disalahtafsir, Sirul dan Azilah tidak pernah menjadi pengawal peribadi Najib, tetapi datang daripada kumpulan pengawal peribadi yang digilirkan antara kepimpinan tertinggi dalam Kabinet ketika itu.

“Malah, kedua-duanya ditahan buat kali pertama selepas mereka tiba di lapangan terbang dari United Kingdom sejurus menjalankan tugas melindungi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Najib berkata, bagi memastikan siasatan menyeluruh terhadap tuntutan baharu Sirul, bekas Ahli Parlimen Pekan itu meminta kerajaan membabitkan pihak berkuasa Australia untuk memudahkan ekstradisi Sirul kembali ke Malaysia.

“Untuk menyokong ini, anak guam kami mencadangkan kerajaan boleh menawarkan jaminan terhadap pelaksanaan hukuman mati untuk memudahkan objektif kebenaran dan keadilan yang lebih luas,” katanya.

Baru-baru ini, Sirul dalam wawancara bersama Al-Jazeera mendakwa telah dikambing hitamkan dan diarah untuk menutup mulut dan dibayar RM1 juta melalui peguamnya.

Dia juga turut mendakwa mendapat arahan dari pegawai atasan untuk melakukan pembunuhan ke atas Altantuya selain turut membuat permohonan maaf kepada keluarga Altantuya.

Sirul sebelum ini melarikan diri ke Australia, pada 2015 dan ditahan di bawah tahanan Imigresen negara berkenaan sebelum dibebaskan awal bulan ini.

Selepas dibebaskan oleh kerajaan Australia, dia menyatakan akan tinggal di negara berkenaan dan tidak berhasrat untuk pulang ke Malaysia. – 25 November, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related