Peja akui salah pilih calon Bersatu tanding PRU-15, ‘mereka khianati parti’

Antara calon dipilihnya termasuk Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri

5:29 PM MYT

 

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui ‘tersilap’ memilih calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga ada yang bertindak mengkhianati parti.

Menurutnya, sebagai pemimpin nombor dua dalam parti, beliau mempunyai ‘suara’ dalam menentukan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) termasuklah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang juga bekas setiausaha politiknya.

Beliau berkata, sebelum ini Iskandar tidak dikenali oleh pucuk pimpinan Bersatu termasuk Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya meyakinkan Presiden bahawa Iskandar boleh membawa kemenangan dan memilihnya atas dasar kepercayaan. Saya jadikan beliau calon dan (akhirnya) telah memungkiri taat setia kepada parti.

“Saya (yang) ajak dia, (namun) untuk saya khianati parti tidak sama sekali,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 di sini, hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, Iskandar menjadi Ahli Parlimen Bersatu pertama yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkahnya itu kemudiannya disusuli Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).

Tambah Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja, keputusan ketika itu dibuat berlandaskan kepercayaan bahawa ia percaturan terbaik demi mencapai kemenangan parti.

“Saya dari mula berjuang, membangun dan menguatkan parti ini. Saya tak akan sesekali nak mengkhianati parti saya sendiri,” katanya. – 25 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Ramli Ngah Talib next Governor of Penang?

Former Perak Mentri Besar expected to succeed Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak in May, with the latter only having served one term

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related