Keadaan Ahmad Zahid semakin baik: PM

Timbalan Perdana Menteri akan kembali memulakan tugas dalam masa terdekat

2:04 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan tahap kesihatan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini bertambah baik dan akan kembali memulakan tugas dalam masa terdekat.

Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 di sini, Anwar berkata beliau sempat menziarahi Ahmad Zahid di kediamannya sebelum hadir merasmikan karnival berkenaan.

“Saya ingin menyampaikan salam daripada Ahmad Zahid yang sekarang Alhamdulillah telah bertambah sihat.

“Kalau ikutkan dia nak datang, tetapi saya bagi arahan tak boleh hadir sebab dia perlu masa untuk berehat sedikit,” katanya.

Khamis lepas, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah memuat naik catatan di Facebook rasminya bagi memaklumkan bahawa beliau dalam tempoh berehat selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan pada 16 November lalu. – 25 November, 2023

Topics

 

Hangat

Gobind’s neutrality, party support rocketed him to DAP chairmanship: analysts

Observers said his non-allegiance to either pro- or anti-Lim Guan Eng factions may have helped him secure the chairmanship

Fahmi to contest PKR vice-president post

Communications Minister is fifth leader to announce bid for the post

Duterte arrested: Former Philippine leader taken into custody over ICC warrant

Ex-president detained at Manila airport as global tribunal pursues justice for thousands killed in drug war

Related