Dapatan kaji selidik diambil maklum, bukan mudah uruskan 32 juta penduduk: PM

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri dapatan diperolehi tidak mewakili suara keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia

5:25 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengambil maklum dapatan hasil kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan kekecewaan terhadap Kerajaan Perpaduan selepas setahun memerintah.

Menurut Perdana Menteri, dapatan diperolehi menerusi laporan kaji selidik itu tidak mewakili suara keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia.

“Kaji selidik itu (hanya melibatkan) 1,200 orang… kita mendengar pandangan mereka, tetapi kita perlu menguruskan 32 juta orang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Furqan, Presint 11 di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, dapatan hasil kaji selidik dijalankan Merdeka Center pada Oktober lalu mendedahkan prestasi Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Anwar merosot pada 41 peratus berbanding 54 peratus pada Disember tahun lalu.

Dapatan lain dalam tinjauan itu ialah 31 peratus responden berpendapat negara menuju ke arah yang betul, manakala kadar penilaian kelulusan Anwar sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus daripada 68 peratus pada Disember tahun lepas.

Kaji selidik itu dikeluarkan beberapa hari sebelum Anwar genap setahun menerajui keajaan hari ini.

Merdeka Center berkata, kaji selidik dilaksana dengan membabitkan 1,200 responden merangkumi 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, tujuh peratus India, enam peratus Bumiputera Islam dan enam peratus Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak yang mencerminkan profil pengundi di Malaysia.

Katanya, responden dipilih secara rawak berdasarkan persampelan berstrata mengikut kumpulan umur, etnik, jantina, dan kawasan pilihan raya negeri. – 24 November 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related